
Tips di Singapura
1-Lebih baik kalau tak bawa kereta Malaysia. Ini kerana parking memang susah, dan mahal pula. Tambah pulak kalau tak biasa dengan jalan-jalan di Singapura. Memanglah susah.
2-Untuk bergerak sana-sini, lebih baik gunakan MRT (Mass Rapid Transit). Sistem pengangkutan awam di Singapura adalah OK dan memuaskan. Sistem MRT di sana sama macam LRT di Malaysia. Pergerakannya pantas. Kami perasan, escalator di stesen MRT tu lebih laju dari escalator di Malaysia.

3-Kalau nak shopping, barang-barang memang mahal. Tambah pulak kalau yang ada di shopping complex. Tambah pulak lagi kalau beli dengan Sing Dollar, lagilah mahal jadinya.
4-Tempat makan Melayu memang tak ada masalah. Banyak, dan senang dicari.
5-CCTV bersepah-sepah di sana-sini. So berhati-hatilah jangan melanggar undang-undang tak kiralah undang-undang apa pun. Di Malaysia pun ada undang-undang. Tapi di Singapura ni enforcement undang-undang tu cekap dan cepat.
4-Tempat makan Melayu memang tak ada masalah. Banyak, dan senang dicari.
5-CCTV bersepah-sepah di sana-sini. So berhati-hatilah jangan melanggar undang-undang tak kiralah undang-undang apa pun. Di Malaysia pun ada undang-undang. Tapi di Singapura ni enforcement undang-undang tu cekap dan cepat.

7-Kalau masuk Singapura dengan kenderaan sendiri, isi minyak penuh-penuh sebelum masuk ke Singapura. Elakkan mengisi petrol di Singapura. Mahal.
8-Kalau masuk ikut Tuas, ada petrol pam di R&R Gelang Patah iaitu sejurus sebelum masuk tambak.
9-Kalau masuk ikut Woodlands, JB, isi minyak di mana-mana stesen minyak JB.

11-Jangan bawa chewing-gum. Memang tak dibenarkan.
12-Roti canai disebut roti prata di Singapura.
13-Kod international no telepon Singapura ialah 65. Telco utama di Singapura ialah SingTel, StarHub and MobileOne (M1).
14-Orang tak berebut-rebut naik teksi. Tak macam di Malaysia. Secara amnya orang ramai nampak tertip.
15-Memang banyak larangan di Singapura. Signage bersepah-sepah bagitau ‘don’t do that, don’t do this’
16-Kalau sayang duit, jangan meludah atau buang sampah merata-rata.
17-Ada ramai pelacur di Geylang. Di Singapura, Geylang ni macam kawasan Chow Kit di Malaysia.

19-Jangan tunjuk dengan kaki. Orang Singapura anggap itu kuang ajaq.
20-Jangan bawa makanan dalam MRT. Kena denda SGD200.00
21-Jangan bagi tips di Singapura. Bagi tips ni biasa sangat di Malaysia, tapi jadi benda ganjil di Sigapura.
22-Jangan bungkus hadiah dengan warna putih. Tu warna berkabung di Singapura.
23-Kalau naik escalator, berdiri di sebelah kiri. Sebelah kanan ialah untuk orang yang rushing.
24-Kalau pi tempat makan, macam di medan selera, dan nampak meja kosong, perhatikan dulu ada ke tidak kertas tisu, surat kabar, atau payung. Ini kerana cara orang Singapura ‘book’ meja makan ialah dengan letak tisu, surat kabar atau payung. Orang tu tengah pi order makan.
25-Kalau terima hadiah, jangan terus buka. Tu pun namanya kuang ajaq. Masa bagi hadiah, gunakan dua-dua tangan. Jangan guna satu tangan je. Tu pun dianggap kuang ajaq jugak.
26-Kalau dengan orang Singapura Cina, jangan bagi hadiah jam atau sapu tangan. Dua-dua tu tanda kematian.
27-Jangan melintas sebarangan di Singapura. Melintas jalan (walaupun tak ada kereta) hanya dibenarkan di tempat-tempat tertentu sahaja. Cari tempat yang ada tanda melintas jalan. Melintas di situ.
28-Singapura ialah salah satu dari tempat paling selamat di dunia. Tapi iyerlah, kan. Low crime does not mean no crime.
Jom share ngn famili dan kawan2..
Nak cari hotel di Singapura boleh klik kt sini ya.
Ulasan