5 Tempat menarik untuk dikunjungi di Kashmir, India

Cakap je pasal Kashmir ni mesti terus bayangkan cerita Banjraji Baijan kan. Hehe. Jom baca apa yang menariknya tempat ni.Kashmir merupakan satu wilayah utara India yang bersempadan dengan Pakistan. Ianya terdiri daripada 3 daerah iaitu Jammu, Kashmir Valley & Ladakh.
Hotel di Jammu


Ladakh ataupun dikenali sebagai little Tibet ni adalah daerah bersempadan dengan China dan kebanyakkan nya beragama Buddha. Jammu pula adalah tempat suci bagi agama Hindu dan Kashmir didiami majoriti penduduk yang beragama Islam dan merupakan kawasan bergunung ganang yang menjadi tempat peminat aktiviti hiking.

Tempat menarik di Jammu & Kashmir

Wilayah ni ada empat musim seperti negara eropah iaitu panas, salji, luruh & bunga. So, lebih baik pergi ke sini saja daripada Eropah yang dah tentu memerlukan kos yang tinggi. Elakkan mengambil percutian pada setiap 15 Ogos kerana India meraikkan kemerdekaannya pada tarikh berkenaan. Kita taknak ada perkara yang tak diingini berlaku.
Ok dah habis mukadimah pasal Kashmir, sekarang saya nak cerita pula tempat-tempat yang menarik & best untuk kita lawati.

1.Gulmarg

Gulmarg adalah tempat yang sangat-sangat cantik dengan berlatar belakangkan gunung yang diliputi salji dan padang rumput yang indah. Ianya tidak ubah seperti pergunungan Alps dan disebabkan itu lah Gulmarg dikenali sebagai Switzerland of Asia. Kat sini pun ada cable car & gondola jika kita nak ke puncak gunung yang menjadi ski resort.

Gulmarg terkenal ketika musim salji. Jadi jika nak bermain salji dengan kos travel yang jauh lebih murah sila lah ke sini ya.

Hotel di Gulmarg

2. Srinagar
Srinagar pula terkenal dengan Tasik Dhal dan house-boat. House-boat di sini di hias dengan indah. Tidak ubah seperti di Amsterdam, kita dapat tinggal di dalamnya.

Ketika musim sejuk, ramai peniaga akan menjaja kelengkapan musim sejuk seperti baju, stokin, sarung tangan dan sebagainya.

Hotel di Srinagar

3. Sonamarg
Sonamarg merupakan kawasan yang menghubungkan Kashmir & China. Ianya terkenal dengan kawasan padang rumput berbunga di pergunungan Banjaran Himalaya yang diliputi glacier.

Kawasan ni tidak dapat dimasuki ketika musim sejuk. Saljinya sangat tebal dan tiada penduduk tetap yang menghuninya. Hanya ada sebuah pusat informasi dan masjid.

Hotel di Sonamarg

4. Pahalgam
Terletak lebih kurang 95km dari Srinagar, kasawan yang kurang sibuk berbanding dengan kawasan lain di Kashmir. Cuaca di sini lebih sejuk berbanding kawasan yang lain. Majoriti penduduk kat sini lebih berminat menyertai Pakistan berbanding India. Makanan yang terkenal di sini adalah Nasi Briyani. Hmm..agak-agak sama tak macam kat Malaysia? Hehe

Hotel di Pahalgam

5. Tulip Garden
Tulip Garden hanyalah 9km dari Srinagar dan meruapakan kebun bunga tulip terbesar di Asia.

Wahhh..seronoknyaa..saya minat betul dengan bunga tulip ni. Jika nak tengok bunga tulip tengah berbunga dan cantik-cantik, eloklah datang ketika awal bulan April atau sekitarnya kerana jangka hayat bunga tulip ni tak lama. Pada penghujungnya bunga tulip akan layu dan gugur.
Apa yang menarik di Kashmir ni yang dapat saya bayangkan adalah kecantikkan & keindahan tempatnya, kemudahan makanan halal, keenakan nasi briayani, bermalam di house-boat, bermain salji di Gulmarg meletakkan ia sebagai salah satu tempat untuk saya kunjungi nanti. Insyaallah.

Kredit foto : Google Images

Ulasan