Untuk pengetahuan anda, Jun sehingga Oktober merupakan waktu paling best untuk bercuti di pulau-pulau sekitar Malaysia. Pasir pantai pulau jadi ‘Golden Sand’, air akan jernih, angin dan ombak akan jadi sangat sesuai untuk mandi manda. Jadi di sini saya ingin berkongsikan 8 tips penting untuk anda sediakan sebelum plan nak bercuti ke pulau.
1.Pakaian
Kebiasaan nya kita perlu memilih pakaian sesuai dari kepala hingga kaki. Jadi bagi kaum wanita tu, tak perlu la nak pakai heel atau kasut-kasut majlis untuk ke pulau ya, takut tenggelam kasut/heel tu nanti. Pakai selipar atau sandal pun dah memadai. Pakaian pun pilih lah yang simple asalkan selesa dipakai. Ala-ala santai gittew. Yang penting cepat kering dan ringan. Jangan pakai baju kurung pula bagi gegurl tu. Lain lah kalau nak photoshot gambar kahwin atau lain-lain. Jadi pilih lah ikut kesukaan dan keselesaan masing-masing.
2. Backpack
Kalau boleh pilih lah bag jenis backpack supaya mudah dipikul kemana-mana. Ianya juga membantu pergerakan kita dengan lebih pantas. Tengok mat saleh kalau datang pulau macam mana. Besar gedabak backpack dia bawak kan. Itu baru betul island’s traveller.
3. Minum banyak air mineral
Tak semua chalet/hotel akan menyediakan air mineral untuk pengunjung. Jadi untuk keperluan kita, sebaiknya sediakan juga air mineral untuk kita minum setiap masa. Dengan cuaca panas di pulau tu, kita juga boleh hilang tenaga dan kemungkinan juga boleh demam jika kurang air dalam badan. Jadi janganlah hilangkan mood bercuti anda ye. Jaga kesihatan sebaiknya. Baru la trip lebih enjoy!
4. Toiletries
Sama juga dengan air mineral, tak semua chalet/hotel menyediakan peralatan mandian. Jadi bawa siap-siap dari rumah. Pack kan kemas-kemas. Nanti kalau tak bawak, berkurap la mandi tak bersabun sepanjang kat pulau tu. Mandi air laut dah la masin, jadi ikan masin la kita nanti.
5. Sediakan duit cash secukupnya
Nak cari mesin ATM kat tengah pulau memang payah ya makcik-makcik. Jadi sediakan duit cash secukupnya. Kalau di pulau besar seperti Langkawi/ Pangkor tak apa lagi, boleh keluar naik kereta/grab untuk cari mesin ATM. Kena kat Pulau Rawa, Redang & Perhentian, mana nak korek? Jadi sediakan untuk keperluan emergency anda ya.
6. Sunblock/ Sunscreen
Pergi pulau pastu nak duduk memerap dalam bilik sebab panas. Baik bercuti kat Bukit Tinggi je kan. Kalau takut panas, better takyah berangan lah nak bercuti kat pulau ni. Kulit kita akan mudah mengelupas, kering dan terbakar jika kita tak pakai sunblock/sunscreen. Jadi sayanglah kulit anda sebelum anda berubah menjadi katak.
7. Jaket keselamatan
Tak kisah la anda ni ikan duyung ke atau perenang olimpik ke, keselamatan mesti diutamakan. Bila guide minta anda pakai life jacket tu, sila lah pakai sebelum anda menyusahkan orang lain ya. Tak perlu nak tunjuk hebat sangat.
8. Drybag/ waterproof casing
Kadang-kadang sekuriti chalet/hotel di pulau ni taklah berapa jamin. Nak tinggal nanti boleh hilang pula kan. Jadi nak mudah kan anda simpan barang-barang berharga. Better beli la benda alah ni ya. Senang nak dibawa kemana-mana.
Itu saje perkongsian saya berkenaan dengan tips bercuti di pulau, Harap dapat memberi manfaat kepada kita semua ya.
Nak cari resort/ hotel pulau yang best di Malaysia?? Nah klik link ini.

Ulasan