Ada Apa Dengan Ho Chi Minh, Vietnam?

 
Minggu baru-baru ni saya dan keluarga telah pergi bercuti ke Ho Chi Minh, Vietnam. Ambil tiket promo Air Asia pada bulan Jun 2018. Total tiket flight (Return) untuk 3 orang adalah dalam RM500 sahaja. Tujuan ke Ho Chi Minh ni tak lain tak bukan adalah shopping. Di samping tu juga, saya memang suka kaji sejarah tempat-tempat macam ni. At least kita tahu cara hidup orang di sana.
Kami menginap di Thanh Thu Hotel yang berada di Ben Than Market. Kami pilih hotel ni sebab banyak restoran muslim ada di sini. So tak susah la nak cari makan.

Ho Chi Minh (Saigon)
Aki sape la ni.hehe
Ho Chi Minh sebenarnya berasal daripada nama seorang tokoh revolusi Vietnam. Beliau merupakan presiden Vietnam pada tahun 1946. Kelebihan beliau adalah boleh bertutur dalam pelbagai bahasa dan perjuangan beliau telah disalah fahami. Baca di sini untuk selanjutnya. Banyak tempat-tempat bersejarah di sekitar bandar Ho Chi Minh ni. Antara tempat yang sempat saya pergi adalah War Remnants Museum & Saigon Central Post Office.

War Remnants Museum
Muzium ini adalah antara muzium yang paling popular di Vietnam. Beralamat di No. 28, Vo Van Tan, District 3, Saigon (Ho Chi Minh City). Muzium ini berjaya menarik 500,000 pengunjung setahun yang mana 2/3 adalah pelancong asing. Lokasinya juga hanya beberapa minit berjalan kaki dari Reunification Palace. 

Di buka pada 4 Sep 1975, ia memaparkan exibit-exibit yg berkaitan dengan Perang Vietnam. Tiket masuk pada tarikh artikel (Oktober 2018) adalah 40,000 dong (kira-kira RM 7.50). Di muzium ini, pelbagai bentuk kekejaman tentera AS suatu ketika dulu dipamer. Tak sanggup tengok gambar-gambar yang mengerikan.

Walaupun muzium ini menggambarkan cerita dari sebelah pihak sahaja, iaitu dari kacamata Vietnam ia wajar dilawati kerana dapat memberikan pengajaran tentang kesan-kesan peperangan yang harus ditanggung oleh rakyat Vietnam berpuluh tahun lamanya, walaupun perang telah tamat pada tahun 1975. Tentunya pendedahan yg dibuat akan dapat membuka minda kita tentang buruknya peperangan dan mula hargai kedamaian yg kita kecapi sekian lama.

Saigon Central Post Office & Notre Dame Cathedral
Pejabat Pos Saigon (Saigon Central Post Office) dan Notre Dame Cathedral adalah dua buah senibina yang terdapat di pusat bandar Ho Chi Minh, terletak berhadapan di antara satu sama lain.

Kedua-dua bangunan ini adalah tempat yang mesti di lawati kerana senibinanya yang sangat unik dan menarik dan menjadi tarikan utama pelancong. Ia adalah tinggalan semasa pemerintahan Perancis di Vietnam.

Saigon Central Post Office yang bercirikan senibina Gothic dibina apabila Vietnam menjadi sebahagian daripada Indochina Perancis pada awal abad ke-20.
Manakala Notre Dame Cathedral adalah salah satu gereja Katolik tertua dan terbesar di Vietnam, bangunan ini sangat tinggi dan uniknya ia dibina dari batu bata di import khas dari Perancis.

Ben Than Market
Haa…part ni saya paling suka. Hehe. Shopping kain di Ben Than Market. Masyaallah banyaknyer pilihan..sampai pening peniaga tu tunggu saya pilih kain. Tapi perlu berhati-hati sebab kat sini adalah tempat paling banyak penipu. Peniaga kat sini sangat-sangat ambil untung. Jika kita tak pandai main harga dengan mereka.

Memang kita akan kena tipu. Dan yang paling penting kalau nak beli kain, biar waktu pagi masa kedai mula dibuka. Sebabnya mengikut kepercayaan diorang, first customer wajib beli untuk die dapat ‘ONG’, jadi masa tu la kita nak pow harga kaw2 kat dia. Haha. Tapi kalau kita tak beli pula, siap la kena maki. Hehehe.. jangan risau, kite nego sampai dia setuju harga kita tu. Nak taknak dia akan setuju jugak. Nak ONG sangat kan…tudung femes kat Malaysia macam Neelofa, Duck dan lain-lain kat sini boleh dapat dalam harga RM15 jer.

Ok lah itu saja coretan saya sepanjang berada di Ho Chi Minh. Pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Walaupun tak banyak tempat dapat pergi sebab masalah tertentu. Insyaallah ada rezeki akan sampai lagi. Aminn

Nak cari hotel di Ho Chi Minh? Klik di sini

Ulasan