Langkau ke kandungan utama
Apa yang menarik di Medan, Indonesia?
Medan merupakan sebuah daerah di Indonesia dan pintu masuk ke seluruh Sumatera Utara. Dalam kata lain, kalau nak ke Sumatera Utara, pengunjung perlu melalui Medan terlebih dahulu.
Walaupun Medan tidak berapa dikenali oleh masyarakat/pengunjung dari luar negara, namun Medan mempunyai tempat-tempat semulajadi yang sangat-sangat cantik. Dengan keindahan flora & faunanya pasti akan menggamit kenangan indah ketika di sini.
Tempat-tempat menarik di Medan yang wajib di kunjungi:
1.Tasik Toba
Dalam sejarah lagendanya, 7000 tahun dahulu terdapat sebuah gunung berapi yang meletus dengan dasyatnya lalu membentuk sebuah tasik kawah yang sebesar 2kali ganda negara Singapura. Kemudian, di tengah-tengan tasik itu terdapat satu pulau yang diberi nama Samosir. Tasik ini kemudian dikenali sebagai Tasik Toba yang kekal cantik walau dari mana sudut pun di pandang.
2.Tanah Tinggi Berastagi
Berastagi merupakan lokasi percutian hujung minggu bagi masyarakat tempatan. Ia merupakan tempat percutian luar bandar yang menyediakan pelbagai jenis sayuran & buahan yang segar-segar. Di sini juga terdapat dua buah gunung yang cukup dikenali iaitu Gunung Sibayak & Gunung Sibayung. Jika ada yang inginkan aktiviti lasak, boleh la cuba mendaki gunung ni ya. Cabaran nya tidak lah sesukar mana pun.
3. Air Terjun Sipisopiso
Daripada bukaan batu 120 meter di atas gaung Kabanjahe yang indah, mengalirnya sebuah air terjun yang tertinggi di Indonesia. Ianya dinamakan Sipisopiso. Jangan lepaskan peluang untuk merasai keindahan & kesegaran apabila berada di bawah air terjun ini. Jika anda bernasib baik, boleh la tengok lengkungan pelangi di sini.
4. Air Terjun Sibolangit
Pernah tak kita bermimpi nak ke tempat mengagumkan seperti ini? Ianya merupakan sebuah air terjun yang mempunyai dua warna! Jika di sini, anda akan berpeluang melihat air terjun suam putih mengalir ke dalam kolam kristal berwarna biru. Permandangan ini terhasil daripada kandungan sulfur yang terdapat di sini di mana ianya turun daripada Gunung Sibayak dan kemudian dilarutkan di dalam tasik.
5. Tinggi Raja
Merupakan tempat paling unik di Medan, sebuah mata air panas semulajadi yang terbentuk daripada kalsium karbonat dan menyebabkan ianya menjadi keras. Tinggi Raja merupakan rahsia yang tersimpan dengan baik di Sumatera Utara, Indonesia.
6. Bukit Lawang
Bagi penggemar eko-pelancongan, di sini merupakan destinasinya. Pengunjung yang bertandang di sini akan menikmati keindahan hutan tropika yang paling kaya di dunia. Ianya juga merupakan tempat pelindungan haiwan terbesar bagi orang utan separa liar Sumatera.
7. Tangkahan
Lokasinya agak jauh sedikit namun ianya merupakan tempat rekreasi keluarga yang sangat bagus. Anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti seperti menaiki gajah, meredah hutan, meneroka gua kelawar dan banyak lagi.
8. Danau Linting
Danau Linting merupakan salah satu tempat menarik di Medan. Tasik berwarna hijau tosca ini sangat-sangat unik dan berbeza. Ianya tidak pernah diterokai oleh manusia dan masih semulajadi seperti asalnya.
Amacam? Dah ada plan tak nak ke Medan? Saya dah mula rasa nak ke Medan ni. Jom kita plan ramai-ramai.
Nak cari hotel di Medan? Klik di sini
Ulasan