Berjaya Langkawi Resort, Kedah

Kalau anda mengidamkan sebuah penginapan dengan kesegaran bunyi hutan hujan setiap kali anda membuka mata, inilah resort yang tepat bagi anda. Berlatarbelakangkan hutan hujan yang kaya dengan hidupan liar, resort ini menyediakan perkhidmatan lawatan berpandu di mana anda akan diberikan penerangan tentang flora dan fauna di hutan hujan ini. Anda dan anak-anak dapat menikmati panorama alam semulajadi sambil mempelajari banyak perkara baru tentang hidupan di sini.

Dah puas menikmati hidupan di hutan hujan, jom pergi menyelam pula di Pulau Payar untuk melihat hidupan laut yang terdapat di sini. Selain daripada aktiviti menerokai hutan yang boleh dilakukan pada waktu siang dan malam serta scuba diving, hotel ini turut memiliki Muzium 3D dan Underwater World Langkawi untuk anda lawati. Memang sure seronoklah anak-anak anda kalau datang ke sini!

Jom tempah awal, boleh dapat harga murah.

Klik Sini Untuk Tempahan

Ulasan