Panuba Inn Resort terletak di sebuah teluk persendirian, di utara Pulau Tioman yang mempunyai pantai berpasir putih, kehidupan laut yang menarik dan laut biru.
Dengan permandangan laut yang indah pasti menarik minat pengunjung ke sini. Walaupun resort ini berasingan daripada resort yang lain namun ianya berada di lokasi yang sangat-sangat best dan damai.
Banyak aktiviti boleh kita cuba di sini antaranya adalah snorkeling , berjemur, mandi di kolam renang dan jungle trekking.
Penginapan yang disediakan adalah chalet kayu dibina di atas panggung di bukit yang dikelilingi oleh pokok kelapa dan tumbuh-tumbuhan berbunga. Di samping itu terdapat juga rumah batu dua tingkat dengan bilik yang sangat selesa di pantai (bilik jenis SD).
Anda boleh ke sini dengan feri yang mendarat di Jeti Panuba. Untuk melawat pantai lain, anda boleh mengupah bot dengan harga yang berpatutan.
Terdapat 2 Pakej Menarik 3H2M di Panuba Inn iaitu :
Silver Package ( D Chalet – Twin Sharing) RM415/pax
Golden Package ( SD Chalet – Twin Sharing : RM430/pax | Triple/Quad Sharing : RM415/pax
Pakej-pakej ni termasuk:
- Penginapan 2 Malam ( D & SD Chalet)
- 2x Sarapan, 1x Makan Tengahari, 1x Makan Malam & 1x BBQ M/Malam
- 1 Hari Snorkeling Trip (Monkey Bay,Salang & Coral Island)
- 2 tiket pergi balik feri PERCUMA (Mersing-Tioman-Mersing)
Apa tunggu lagi, cepat booking sekarang!
Nak cari resort lain di Tioman? Klik di sini
Ulasan