Itenari 3hari 2malam & Tempat-Tempat Menarik Di Hatyai, Thailand

Assalamualaikum semua,
Cuti panjang baru ni saya ke Hatyai, Thailand. Saya ambil pakej jimat daripada Caravan Serai Holidays. Perjalanan saya ke Hatyai adalah dengan menaiki bas persiaran dari Kuantan- Hatyai. Pakej yang di ambil adalah RM410 (Pengangkutan Bas Pergi Balik + Penginapan + Parking & Tips + Tourist Guide + Kastam Clearence + Lawatan Ke Tempat Menarik)

 
 
Antara perkara yang perlu di ambil tahu: Kami masuk ke Thailand melalui Padang Besar, Perlis. Memandangkan tarikh yang di ambil adalah cuti panjang, kemasukan orang Malaysia ke sana adalah sesak. Kami terpaksa berebut ketika beratur di Imigresen Thailand. Jadi, jika nak ke Hatyai, elakkan pilih tarikh cuti sekolah/ cuti panjang kalau tak nak tempuh kesesakan macam saya kena ni. Betul-betul uji kesabaran. Kaunter Imigeresen Thailand di sini yang ada 4 sahaja. Kami sangkut di sini hampir 7 jam.

ITERNARI SEPANJANG DI HATYAI

07 September 2018

Setelah selesai di Imigresen Thai, kami terus di bawa untuk makan tengahari (dah petang baru dapat makan lunch). Lapar tahap dewa dah. Masa ni tourist guide terus offer siapa nak beli sim DTAC (200baht). Saya pun beli satu dan share dengan partner saya(hotspot).

Selesai je makan, terus dibawa ke Hotel We World Boutique (4star). Alhamdulillah, dapat bilik yang cantik & bersih. Hilang sikit rasa nak marah kan. Mandi-mandi dan siap untuk ke Floating Market pula pada sebelah malam. Floating Market (Buka start jam 3 petang)

Tempat ‘Must Visit’ jika ke Hatyai. Unik sangat sebab peniaga di sini jual makanan dalam boat. (kenapa la susah-susah kan.Hehe) Masa membeli tu saya risau jugak, takut tak dan nak ambil makanan, tertonggeng masuk dalam boat dulu. hahaha..Tapi itulah keunikan dan tarikan tempat ni. Makanan-makanan sini semua pelik-pelik dan menarik. Paling saya suka adalah air kelapa dalam tembikar, sedap sangat-sangat. Jika nak tahu mana satu gerai halal atau tak, tengok penjual dia. Pilih yang bertudung atau bersongkok/ketayap. Memang itu cara mereka untuk bezakan agama penjual di sini. Saya tak dapat merasa semua makanan sebab datang dah malam. Patutnya kami datang sebelah petang, tapi dah tersangkut di Imigresen. Hurm

08 September 2018

Kami breakfast di Sami Kitchen, tempat ni memang besar dan menyediakan pakej makan untuk tourist. Menarik saya tengok instant sachet dia, sedapp.. tak payah tambah creamer atau gula pun. Siap breakfast, kami terus ke Chang Puak Camp. Tempat gajah.

1. Chang Puak Camp
Tempat ni adalah sebuah Santuary gajah di Thailand, Ada menyediakan macam-macam pakej seperti menaiki gajah, persembahan buaya, ATV dan bagi anak gajah makan.

Saya tak naik pun gajah di sini, sebab fee dia agak mahal juga. Naik gajah dalam 10-15 minit sahaja (500baht) Ambil gambar dari luar saja. Kawasan pun tak besar mana. Tapi seronok. Hehehe

2. Tang Kuan Hill Lift Station

Destinasi seterusnya di sini pula, disebabkan satu bas taknak naik ke atas untuk tengok bandar Hatyai, kami hanya bergambar dan makan aiskrim kelapa sahaja di luar kawasan ni.

3. Samila Beach, Songkla
Di sini juga adalah tempat wajib pergi, yang membuatkan ianya jadi tarikan adalah patung duyung. Ada sejarahnya pasal duyung ni tau. Katanya dulu kat pantai ni ada pasangan duyung. Mereka saling mencintai antara satu sama lain. Satu hari tu, ada manusia/ nelayan ternampak mereka. Masing-masing takut & lari, dan mereka sesat sehingga tidak bertemu antara satu sama lain. Jadi, si duyung betina ni, menunggu duyung jantan kat atas batu sambil sisirkan rambut. Konon nak buat tanda la untuk duyung jantan. Tapi sampai kesudahnya mereka tak bertemu jugak. Kesiannnnn………sampai jadi batu duyung betina tunggu.

Kat sekitar Samila Beach ni pun, ada jual souvenir, Boleh la kalau nak beli. Kena pandai pilih kedai mana ya. Ada yang jual murah & mahal.
dah siap bergambar dengan duyung & beli souviner kat sini, Kami terus menuju ke Singhanakorn Hot Pot untuk makan steamboat.

4. Singhanakorn Hot Pot (Halal Steamboat)
Must try la steamboat kat sini, sangat-sangat awesome. Makan sepuas-puasnya. Banyak pilihan makanan, air dan pencuci mulut. Udang pun besar-besar. hehe

5. BigBee Garden

Destinasi seterusnya ialah di sini, sebuah tempat di mana menjual bermacam-macam jenis madu. Pelbagai produk madu ada di sini. Kami juga di beri sedikit taklimat berkenaan dengan madu. Cuma bab harga dia memang mahal la. So setakat nak cuci-cuci mata tengok boleh la. Kat sini ada taman lanskap yang menarik. Tengok-tengok madu sekejap je, bergambar kat taman dia je yang lebih. hehe

6. Nora Leather

Kat sini banyak menjual barangan kulit, bag, purse, tali pinggang dan macam-macam lah. Harga pula pun mahal bagi saya. Tapi ada juga design bag yang tak ada di luar tapi ada di sini. Kami dapat diskaun 20% jer, Saya beli seluar gajah je kat sini buat pakai tidur. Dapat lah 150baht selepas diskaun.

7. Ranu (Kacang)
Di sini pula adalah tempat menjual pelbagai jenis kekacang termasuk juga makanan-makanan kering dan mee segera Thailand. Pes-pes tomyam pun ada dijual di sini. Cuma yang pelik nya tak ada saiz kecil. Semua besar jer. Saya tak membeli apa-apa juga. Tak menarik bagi saya.

8. Asean Night Market (Bazar)
Ranu adalah destinasi terakhir kami, balik hotel terus mandi dan siap-siap untuk ke Asean Night Market. Tak semua group kami pergi ke Asean Night Market. Jadi aktiviti malam adalah bebas, saya join group yang nak pergi jer. Sebab nak tumpang naik Tuktuk.
Pengalaman naik tuktuk memang seronok tapi agak bahaya sebab teksi yang tak ada ciri-ciri keselamatan. Dah la driver tuktuk bawa laju. Seram jugak saya. Bandar Hatyai ni macam pekan kecil jer, mereka memang tak ketatkan keselamatan. Helmet pun tak pakai. Satu motor pun boleh naik 4 orang. Hahaha. Koboi betul.
Sampai di Asean Night Market, saya pun mula mencari barang-barang yang masih lagi tak sempat nak beli. Kat sini jauh lebih murah berbanding tempat-tempat saya pergi sebelum ni.

Makanan kat sini yang paling saya suka adalah Banana Pancake. MasyaAllah sedapnyerrrrrrrrr. Nak repeattt laaaa.
Settle semua, kami pun terus balik ke hotel. Nak packing barang untuk balik hari esok pula.

09 September 2018
Breakfast di Sami Kitchen lagi. Siap breakfast terus menuju ke Dannok. Tempat last kami untuk bershopping.

1. Dannok

Dannok ni adalah pekan kecil juga seperti Hatyai, banyak pasar borong yang jual beras-beras dan buah-buahan yang murah-murah.
Pes tomyam, baju-baju, kerepek kering dan banyak lagi di jual di sini. Jauh murah la daripada tempat-tempat di atas tu. Nak shopping barang makan, shopping di sini yer sebelum balik.
Selesai di Dannok, kami terus menuju ke border Padang Besar semula untuk balik ke Kuantan. Bye bye Hatyai. Kenangan yang sangat menyeronokkan bagi saya. Itu saja itenari saya sepanjang di Hatyai. Semoga dapat memberi inspirasi pada yang nak ke sana jugak.

Ulasan