Jom ‘Daytrip’ Ke Singapura!

Assalamualaikum semua, 
Saya ada join trip daripada Caravan Serai untuk ke Singapore dari Kuantan dengan pakej ‘Daytrip’.Trip ni adalah merupakan kali kedua saya ke Singapura. First dulu dengan urusan kerja, so tak ada peluang lah nak tengok-tengok negara orang sangat. So, saya pegi sekali lagi untuk kali ini. Seperti biasa bersama dengan buddy saya ke Hatyai tahun lepas, kami hanya membayar kos bagi seorang hanya RM199( Bas+ Tour guide+Breakfast+ Air Mineral +Snack) dan RM45( 15SGD) di minta untuk tipping sepanjang berada di sana.

Persiapan Sebelum Ke Singapura
Tukar duit Singapura siap-siap di Malaysia. Sebab kat sana mungkin dah tak ada masa nak cari money changer. Rate terkini 1SGD= RM3.03

Cek valid passport terlebih dahulu takut dah expired atau ada sangkut bayar pinjaman. (Alhamdulillah xdek)
Beli simkad Umobile (beli kat 7E jer), aktifkan terus kat 7E tu. Umobile ada pakej murah RM10/sehari untuk roaming di Singapura. Untuk prepaid, lebih mudah sebab dah auto setup plan IDD. Tak perlu nak register apa-apa dah. Jangan lupa plak topup lagi dalam akaun simkad tu, make sure dalam akaun ada RM10 atau lebih sikit. Nanti bila di Singapura, off kan mobile data tau. Nanti cas tinggi. Jangan buat panggilan atau terima panggilan. Semua tu kena cas. Bila dah dapat je mesej daripada Umobile tentang pakej RM10/sehari tu, terus on roaming. Pastu dia akan auto detect dan terus tarik RM10 daripada akaun kita. Untuk yang ni saya kongsi dengan kawan (hotspot jur) Jimat sangat-sangat..hehehe.
Berikut adalah itenari sepanjang kami berada di sana. Selamat membaca.

Day 1
Kami berkumpul di Wisma Belia jam 8.30 malam dan terus bertolak ke Gelang Patah, Johor. Berhenti di Muadzam Shah untuk makan malam & solat isyak.

Day 2

 
Setiba di Gelang Patah, Johor jam 4.30 pagi, kami membersihkan diri & tukar apa yang patut dan tunggu untuk solat subuh. Dalam masa tu, kami terus setel kan ‘whitecard’, isi apa yang patut. Nak masuk Singapura perlu isi kad ni.
Bila dah siap solat, terus sarapan (Nasi Lemak) yang dah disediakan crew-crew kami. Pastu terus naik semula bas untuk ke Imigresen Singapura.
Dah setel di Imigresen, tempat pertama kami pergi adalah di ke Merlion Park. Sayangnye masa trip kami pergi ni, singa yang pancutkan air dari mulut tu tengah renovate, jadinya xdek la gambar dengan icon Singapura tu..sedih nya. Cuma yang ada singa ceconet ni jer yang boleh kami ambil.hahaha..takpe la janji boleh bergambar kan.
Kawasan taman ni sangat-sangat bersih dan dijaga rapi. Permandangan laut yang sangat-sangat mengujakan.
Berdekatan dengan Merlion Park ni, ada sebuah bangunan yang diberi nama Victoria Theatre. Bangunan ni adalah tempat untuk membuat persembahan teater/ kesenian ( kalau di Malaysia tu macam Istana Budaya la). Ia merupakan bangunan tertua di Singapura yang mula dibina pada tahun 1862.

Nak cari hotel di sekitar Merlion Park? Klik Sini


Setelah selesai berposing-posing di Merlion Park, kami menuju ke Gardens by the Bay. Sebuah taman di tengah bandar Singapura. Taman yang sangat-sangat cantik dan bersih. Untuk pengetahuan semua, Singapura tak ada hutan macam di Malaysia, jadi diorang hanya mampu buat taman rimba macam ni sahaja.

Nak cari hotel di sekitar Gardens by the bay? Klik sini
Dah setel bergambar di Gardens by the Bay, terus menuju ke Bugis Street untuk sopim souviner. Kami di bawa ke Singapore Souviner Centre. Macam-macam ada di sini, harga pun murah-murah. Yang penting baju di sini sangat-sangat berkualiti. Total hangus saya sopim adalah 49SGD.
Dah penat sopim, mesti la dah lapar kan. So kami menuju ke Zam Zam Singapore di Arab Street. Menu yang kami order adalah Nasi Arab Kambing. Pastu tambah sikit Ayam Kurma (Tak sedap..Erk) Total sekali air 23SGD untuk 2 orang. Saya ni tak berapa makanan Arab @ Mamak, no choice la terpaksa telan. Tak makan kang lapar pula..Heehehee
Dah siap makan tengahari, terus ke Masjid Sultan berhadapan dengan restoran tadi. Tunggu waktu zohor dan jamakkan dengan asar siap-siap. Sempat la baring-baring kejap luruskan badan. Penat juga tido dalam bas kan. Masjid sangat cantik & tenang. Yang paling best, rak telekung dia dah macam dalam butik telekung Siti Khadijah. Tersusun rapi.
Selesai solat, kami berkumpul semula dan terus menuju ke Sentosa Park. Di sini kami berpeluang untuk bergambar di Globe USS, Hard Rock Cafe Singapore dan melawat Papa Lion. 

Kami juga naik Tram dan Bas untuk melawat ke Siloso Beach & Palawan Beach ( Dua-dua ni adalah pulau buatan). Sempat naik jambatan gantung di sini. Seronok sangat-sangat. Kami berada di sini sehingga jam 6 petang.

Nak cari hotel sekitar USS/ Sentosa Park? Klik Sini
Setelah selesai di Sentosa Park, aktiviti terakhir kami adalah terus menuju ke Gardens by the Bay semula untuk menyaksikan pertunjukkan cahaya pada jam 7.45malam. Pertunjukkan ini diberi nama Light Rhapsody GBTB. Sangat-sangat teruja sebab lampu-lampu dia kelip mengikut musik. Its awesome!!!!! Selesai aje pertunjukan ni kami terus pulang ke Kuantan.

Day 3

Kami selamat tiba di Wisma Belia semula pada jam 4.45 pagi.

Alhamdulillah dah selesai trip saya dan kawan ke Singapura. Berminat nak join trip macam saya ni? Ada 1 lagi tarikh yang available untuk tahun 2019.

Kuantan-Singapore Daytrip : 30 – 31 Ogos 2019 ( Cuti Hari Merdeka)

Nak cari hotel di Singapore? Klik kat sini

Ulasan