KLCC Inifinity Pool - The Regalia Residences by Cobnb

Sebut saja pasal Apartment Regalia ni, dah tentu terbayang infinity pool dia yang cantik tu kan. Itulah sebab saya nak cuba menginap di sini. Kami check in pada hari ahad dan balik pada hari selasa. So, dua malam lah di sini. 
Dengan menggunakan kaedah faberet saya Agoda.com, saya telah menempah 4 hari sebelum menginap dan harga yang saya tempah adalah RM337.20 sahaja. Kami tiba di KL dan mula check-in pada jam 3.20 petang. Saya tidak membuat bayaran apa-apa masa menempah di Booking.com dan saya memilih untuk membayar ketika menginap.
Sampai saja terus saya hubungi nombor yang disediakan dalam resit Agoda.com saya tu dan beritahu yang kami telah ada di lobby Regalia Apartment yang saya pilih ini adalah di bawah Cobnd, kira macam personal company yang buat pakej untuk menginap di sini. Jika saya direct dengan Regalia, harga akan lebih mahal berbanding Cornb. So, saya whatsapp dan buat full payment terus ke akaun Cobnb.
Kolam kedua- Boleh bawak anak-anak mandi di sini
Setelah mereka cek pembayaran saya, mereka terus bagi maklumat bilik yang kami tempah. Kami just ambil kunci apartment di locker yang disediakan, dan naik ke apartment terus. Fuh..setell dah untuk penginapan kami..hehe..Then masa yang di tunggu adalah nak tengok apartment ni macam mana. Saya masuk jer dan terus ternganga...wauuuuu!!! besarrr nya apartment ni! memang luas. Bilik ada dua. Ada dapur kecik siap boleh masak dan barang dapur yang complete. Toilet pun luas dan bersih. Sangat-sangat berbaloiiii.
Nah saya belanja gambar-gambar menarik di apartment ohsem ni. Bebaloiii!

So apa tunggu lagi, jom la menginap kat sini gaiss!!! 

Nak booking apartment ni? Klik kat sini

Ulasan