5 Tips Ketika Kembara Ke Switzerland.
- Jangan terlalu teruja di tempat orang. Awasi sekeliling anda, bimbang ada mata yang memerhatikan dan ingin mengambil kesempatan.
- Awasi barang anda setiap masa.
- Barang-barang penting seperti pasport, wang tunai dan kad kredit disimpan di saku pakaian yang anda sarungkan, bukan di dalam beg sandang belakang. Bahaya!
- Beli tiket di kaunter khas bukan daripada orang perseorangan yang menawarkan harga murah kepada anda.
‘Checklist’ Sebelum Ke Switzerland
- Pilih Destinasi – Buat seberapa banyak survey mengenai destinasi yang mahu dituju. Ketahui kos percutian sepanjang berada di luar negara, hotel yang mahu didiami dan berapa jauh jarak antara satu destinasi ke satu destinasi yang mahu dituju. Ini bagi memudahkan anda memilih jenis pengangkutan yang sesuai dan masih dalam bajet anda.
- Duit – Bawa duit secukupnya. Adalah digalakkan menukar matawang asing sebelum kembara.
- Kad Kredit – Ia penting jika berlaku kecemasan. Lagipun ada sesetengah hotel memerlukan kad kredit anda sebagai jaminan sebelum check-in. Dengan kad kredit, anda tidak perlu membawa wang tunai yang banyak, lebih selamat.
- Pakaian – Bawa pakaian yang selesa dan sesuai dengan iklim negara yang bakal anda lawati misalnya jaket tebal, mafla, Long John dan sebagainya jika mahu ke negara empat musim terutamanya pada musim sejuk. Bawa pakaian yang mencukupi, usah berlebih-lebih kerana berat beg yang berlebihan akan dikenakan caj oleh pihak penerbangan.
- Kasut – Sarungkan kasut yang selesa misalnya sneakers, pumps mahupun sandal untuk keselesaan diri tatkala bersiar-siar menikmati keindahan negara orang.
Nak booking hotel/ apartment di sana? Klik di sini
Ulasan