Ripley’s Believe It or Not! Adventureland, Genting Highlands yang sangat awesome!

Baru- baru ni saya bersama keluarga planning nak ke Genting Highlands. Jadi kami ni memang dah buat research berkenaan dengan Ripley’s Believe It or Not! Adventureland ni.
So, sempena cuti raya yang agak panjang, kami ke sini untuk meluangkan masa yang ada. Tambahan pula memang dah lama tak ke Genting sejak renovate dari 2-3 tahun dulu.
Kami naik ke atas dengan Awana Skyway Cable Car (Standard Gondola) dari Genting Premium Outlet. Harga tiket pula adalah RM14 untuk pergi & balik (seorang). Jadi kami pergi bertiga, total RM42. 
Harga kanak-kanak pula adalah percuma bagi 90cm dan ke bawah. Si kecik kami ni tinggi walaupun baru 3 tahun. Terpaksa la bayarkan untuk dia juga
Terletak di tingkat 4, SkyAvenue, ianya betul-betul pada level floor yang sama dengan Awana Skyway Cable Car tu. Cuma hujung sedikit bersebelahan dengan Marrybrown. Dari jauh dah nampak dua ekor gajah besar depan pintu utama Adventureland ni. So, boleh terus je menuju ke sini dengan mudah. Bila dah sampai ke pintu utama Adventureland ni, kami terus ke kaunter tiket. Jadi kami pilih 3 tempat untuk kami lawati di dalamnya iaitu Zombie Outbreak, Ripley’s Believe It or Not! Odditorium & Jurassic Research Centre. Harga tiket combo untuk masuk ketiga-tiga tempat ni adalah RM70 (dewasa) dan RM62 (kanak-kanak).

Jadi saya akan ceritakan apa yang menariknya setiap tempat ni ya.

1. Zombie Outbreak
Tempat ni saya tak sarankan untuk kanak-kanak bawah 5 tahun sebab memang menakutkan zombi-zombinya. Anak saya menangis macam apa dah sebab takut sangat. Hehehe. Tapi sebabkan tiket dah termasuk sekali, terpaksa la masuk jugak. Latar tempatnya tak ubah macam cerita siri Walking Dead. Actually, husben saya memang penonton setia cerita tu, itu yang nak masuk sangat. Then, anak la jadi sawan kejap. Hahaha. Anyway untuk mereka yang sukakan cabaran, ini lah tempatnya yer. Siap sedia la untuk peluk sama sendiri. Jangan peluk zombi sudah la..

2. Ripley’s Believe It or Not! Odditorium

Tempat ni pula adalah tempat faveret saya. Sebab saya memang penonton setia masa Ripley’s Believe It or Not! selalu ditayangkan di TV3 dulu. Suka tengok benda-benda pelik yang kita tak pernah jumpa.
So, untuk mengimbau semua tu, sini lah tempat yang sepatutnya. Macam-macam replika pelik ada di dalam nya, tambahan pula ada juga info-info sains yang bagus untuk kita ketahui.
Si kecik saya pun dah boleh tenangkan hati lepas kena sakat dengan zombi tu dengan tengok menda-menda sains pula.

3. Jurassic Research Centre



Lokasi terakhir pula adalah di Jurassic Research Centre. Di sini kita akan didedahkan dengan replika dinosur yang betul-betul real. Siap gerak-gerak lagi. Dah macam cerita filem Jurassic tu je.
Kita juga boleh timba ilmu tentang sejarah dinosur suatu ketika dahulu. Ada berbagai jenis dan saiz termasuk dengan monumen tulang-tulang dinosur. Sangat-sangat menarik & sesuai untuk keluarga lawat tempat ni.
Budak tu dah penat, request Marrybrown lak..hehe

Jadi, kepada yang nak bawa keluarga bercuti ke Genting tu, singgah lah di sini sebab ianya adalah salah satu tarikan baru dan menarik di Genting Highlands. Rugi kalau datang saja kan. Kat mana lagi kita nak jumpa tempat-tempat macam ni. Tak sabar pula saya nak tunggu outdoor siap, lagi macam-macam ada. Wuhuuuu!!!

Ulasan