Tempat-tempat & fakta menarik di Perth, Australia – Itenari 5 Hari 4 Malam



FAKTA MENARIK PERTH & PENDUDUKNYA

  • Ibu negara bagi Australia Barat dengan keluasan 6,418km persegi.
  • Merupakan kawasan yang sangat cantik, tenang dan nyaman.
  • Waktu malam di Perth lebih panjang berbanding waktu siang. Jam 5 petang di sana dah macam 8 malam di Malaysia.
  • Penduduk di Perth kebanyakkannya menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti riadah di taman, hiking, surfing dan kurang berminat dengan aktiviti indoor seperti shopping di pasaraya, dan lain2. Mereka akan ke sana dengan tujuan untuk membeli keperluan sahaja dan tidak berminat untuk melepak dan sebagainya. Kedai-kedai di sana hanya dibuka sehingga jam 5 petang sahaja setiap hari kecuali hari jumaat jam 9 malam. Sekitar bandaraya Perth akan lengang pada waktu malam dan mereka lebih gemar menghabiskan masa di rumah.
  • Penduduk di sini tidak mementingkan sebarang jenama (sebab tu di mall besar mereka kurang ada jenama antarabangsa) asalkan barang yang dibeli selesa, cantik dan senang dipakai. Mereka lebih berminat dengan melancong. Kehidupan mereka adalah kerja, kumpul duit dan melancong.
  • Kebanyakkan penduduk nya adalah kaya namun mereka tidak memandang pada harta benda orang lain. Senang kata, bukan meterialistik.
  • Undang-undang di sana sangat ketat dari segi keselamatan jalanraya(sentiasa perlu memakai tali pinggang keselamatan-boleh kena denda kalo kantoi) dan barangan masuk ke negaranya. Jika ingin melancong ke Australia dan ingin membawa makanan ke sana, anda perlu buat satu senarai barangan makanan termasuk nama, kuantiti dan juga kandungan makanan berkenaan. Sekiranya anda tidak ‘declair’ barangan tersebut, besar kemungkinan anda boleh didenda dan barangan itu akan dirampas jika anda tertangkap.
  • Penduduk di sana sangat ramah dan sangat membantu pelancong-pelancong yang datang ke negaranya. Jangan segan bertanyakan apa-apa dengan mereka
Perth Airport Link

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DIKUNJUNGI

(HARI PERTAMA)

1. Kings Park & Botanical Garden
  • Masuk percuma dan sentiasa dibuka untuk pelawat. Keluasannya 4.06 km persegi
  • Ditubuhkan pda tahun 1984 oleh sekumpulan sukarelawan. Kawasan taman yang cantik dan luas.
 
  • Sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga.
  • Padang rumput yang segar dan bersih. Dapat menyaksikan keindahan Swan River dan bandar Perth
2. Hillary Boat Harbour – Sorrento Quay (Kebab)
  • Berhenti di sini untuk membeli Kebab, katanya antara kebab yang famous dan sedap.
  • Harga bermula daripada 10aud dan ke atas, depends pada apa yang kita tambah dalam kebab tu.

  • Dah siap bungkus, makan menghadap laut di temani dengan burung camar. Hati-hati takut kena rembat dengan burung pula kebab tu.
  • Portion kebab tu sangat besar dan boleh makan dua orang. Jadi kalau rasa tak habis, boleh share dengan kawan-kawan.
3. Blue Boat House
  • Kalau pergi ke Perth ni, tak sah kalau tak bergambar di Blue Boat House. Sebab ini adalah trademark Perth. So, jangan lepaskan peluang yang ada kalau ke sini.

  • Kalau tengok pada tempat dan keadaannya, tak ada apa yang menarik pun cuma ianya hanyalah sebuah rumah di tengah laut.
  • So, boleh la snap gambar cantik-cantik di sini.

 

  • Hati-hati masa meniti jambatan tu, tak boleh ramai-ramai,karang ada yang jatuh dalam laut. Pastu handfon pun kena jaga-jaga, risau terlepas daripada tangan. Nanti balik dari Perth, muka xsudah memikir pasal handfon. Hilang mood travel.Hehehe
4. Solat di Masjid Al-Majid
  • Singgah di Masjid Al-Majid untuk solat jamak Zohor-Asar. Sebuah masjid yang sangat bersih dan cantik.
  • Kebetulan masa masuk ke dalam masjid tu, ada penjaga. Seekor kucing comel ni. Besar pula tu. Sempat la snap sekeping dua gambar dia.

 

  • Landskap masjid ni pun kemas dan teratur. Bunga-bunga yang ditanam semuanya elok dan besar-besar. Nampak tu, besar gila bunga ros dia kan. Hehe

 

5. MYER Mall
  • Destinasi seterusnya ialah di MYER Mall. Di sini banyak kedai-kedai dibuka dan tumpuan utamanya kami adalah di Woolworths.
  • Sayur-sayur dan buah-buahan memang fresh dan segar-segar. Bahagian makanan basah seperti daging dan lain-lain kena hati-hati. Sebab dah tentu tak halal dan ade jual daging babi. Perlu check betul-betul.
  • Kami beli simkad Optus pun di sini. Harganya 10aud untuk 1 minggu tempoh penggunaan internet sahaja. 15gb ada dalam sim ni. So, boleh la share dengan kawan-kawan. 15gb tu besar juga, saya guna untuk 2 orang pun banyak lagi balance.

 

6. Chemist Warehouse
 

  • Lokasi terakhir untuk perjalanan hari pertama kami adalah di Chemist Warehouse. Fuhhh..banyak betul minyak wangi murah-murah dijual di sini.
  • Kepada yang hantu minyak wangi tu, kalau ke sini jangan sampai lupa diri bershopping ya. Nanti habis duit.
  • Kebanyakkan pelancong ke Perth ni memang aim dah nak ke Chemist Warehouse sebab nak beli minyak wangi.

(HARI KEDUA)

1. Caversham Wildlife Park
  • Lokasi yang ditunggu-tunggu dah tiba, seronok nak tengok kangaroos dan seangkatan dengannya.
 
  • Mula-mula sekali, kami masuk ke bahagian koala untuk bergambar. Tak dapat nak pegang sebab koala ni sensetif sikit. So, bergambar dengan pekerja dia jela yang pegang koala tu. Tangan kita pun kena isi sabun khas sebelum nak pegang dia. (Cerewet sangat)
This Is WOMBAT
  • Bergambar dengan haiwan bernama WOMBAT- yang ni paling kelakar sebab saya kena kecam bila post di FB. Katanya macam Cik B. Sebenarnya wombat ni spesis macam kangaroo juga yang hanya ada di Australia sahaja. Cuma kedudukan dia duduk dengan penjaga tu macam Cik B. Habis jadi isu dengan nitizen Malaysia. Hehehehe. Bak kata kawan saya, setakat nak pegang cik B, xperlu sampai ke Perth, kat Malaysia pun banyak. HAHA
 
  • Selepas tu kami masuk ke bahagian persembahan pula. Dalam ni kami didedahkan macam mana anjing mereka di ajar untuk menjaga biri-biri. Saya pun diberi kesempatan untuk memberi susu kepada anak biri-biri.
  • Kemudian penjaga tu pula ambil seekor bebiri untuk dijadikan contoh bagaimana penghasilan produk daripada bulu bebiri. Kesian tengok bebiri tu kene cukur, luka-luka juga badannya. Bila dah siap, habis togel. Nanti tumbuh semula bulu, cukur lagi, sampai la kesudahnya macam tu.
 
  • Dah habis persembahan, baru la masuk ke tempat kangaroo, seronok tengok kangaroo kat sini gemuk-gemuk. Mana tak nya, asal pelancong datang, suap makanan. Jadi pemalas semua kangaroo kat sini. Hehe. Makan pun sambil baring.
 
  • Ada satu tempat souviner dalam Caversham ni, tapi disarankan supaya tidak membeli sebab mahal. Boleh cari souviner di Fremantle yang jauh lebih murah. Kalau nak beli pun, beli yang Caversham punya je.
2.The House of Honey
  • Tempat di mana pelbagai jenis madu dijual di sini. Harga pun boleh tahan juga. Boleh try dulu rasa madu di sini.


3.Mondo Nougat, Morish Nut & Whistler Chocolate Company
 
  • Kepada yang hantu coklat, ini adalah tempatnya. Macam-macam jenis coklat ada dijual di sini. Kekacang pun ada juga dijual. Harga pun kena banding-bandingkan. Ada yang murah dan ada yang mahal.
4. Hawi Chicken Charcoal
  • Kepada yang gemar dengan masakan ala mamak & arab. Ini la tempatnya. Saya ni kurang berminat dengan mamak & arab sebab itu order Fillet Burger & Chips.
 
  • Portionnya sangat-sangat besar. Dua kali ganda burger di Malaysia. Kenyang sampai ke malam.
5. Watertown Brand Outlet
  • Di sini juga adalah pilihan pengunjung untuk bershopping barangan keluaran Australia iaitu Fossil. Selain daripada Fossil ada lagi jenama lain dijual di sini.
  • Biasanya jauh lebih murah berbanding dengan harga di Malaysia. So boleh la beli 
    untuk buat hantaran ye.
6. Murray Street
  • Kebetulan kami ke sini pada hari Jumaat, jadi bandar Perth di tutup pada jam 9 malam. Ada la can nak ambil angin malam Perth. Seronok jalan-jalan di sini.
 
  • Kawasan kedai yang teratur dan senang nak cari. Penduduk sini peramah, suka senyum. I like..hehe
(HARI KETIGA)


1. Mandurah
  • Hari ini kami dibawa ke Mandurah. Kalau ikutkan pada itenari kami, memang akan naik bot untuk tengok dolphin. Tapi nasib tak berapa baik, bot perlu ambil masa yang lama untuk tunggu.
 
  • Jadi kami ambil keputusan untuk batalkan. Kami hanya datang untuk ambil gambar di sekitar Mandurah sahaja.
 
  • Sempat juga tengok persembahan ‘street show’ di sini, macam-macam ada.
Klik untuk cari hotel berdekatan dengan Mandurah City

2. Kailis’ Waterfront Fremantle (Fish & Chips)
 
  • Sangat-sangat sedap fish & chips dia. Puas hati beli. Besar pula tu.
 
  • Must try punya tempat. Saya order squid+fish fillet & chips = 19aud. Berbaloiii!
 
  • Hati-hati dengan burung camar kat sini. Semua nak tunggu nak rembat fish & chips kita, sambil2 makan tu boleh la nyanyi lagu aisyah- camar yang pulang.
3. Megabes Product, Fremantle
 
  • Tempat untuk beli souviner murah di Perth. Memang shopping sakan di sini. Macam-macam ada. Saya habis dalam 120aud semata-mata beli souviner di sini.
 
  • Tapi masa berborak dengan tokey kedai ni, mereka akan berpindah di sebuah lokasi baru. Tak pasti mana tempatnya. So trip kami ni sempat la membeli di kedai nya.
Hasil Memborong!

(HARI KEEMPAT)

1. Lancelin Sand Dunes



  • Hari ni keluar lewat sikit iaitu jam 10pagi. Lokasi hari ini adalah ke Lancelin Sand Dunes.
 
  • Kawasan padang pasir yang luas. Agak jauh nak ke sini, ambil masa dalam 3 jam lebih perjalanan dari homestay kami.
  • Kami sewa papan untuk meluncur. Satu papan= 10 aud kongsi 5 orang. Macam-macam skill kami buat. Sangat menarik & seronok. Ada juga yang main motorcross di sini.
2. Perth City – Elizabeth Quay
  • Habis sesi meluncur, kami ke bandar Perth sehingga malam. Menikmati keindahaan kawasan bandar Perth. Rasa macam tak percaya boleh sampai ke sini sebenarnya. Macam mimpi pon ada.
Alhamdulillah merasa jejak kaki ke sini. Itu sahaja trip 5 hari 4 malam saya. Hope ada rezeki boleh bawa family pula ke sini. Apa tunggu lagi, share la dengan kawan-kawan atau keluarga yang plan nak ke Perth.

Klik untuk cari hotel berdekatan dengan Perth City

Hak cipta terpelihara. Kredit to Miza Syed Ali |
Fb: https://www.facebook.com/miza.luthfiya

Nak cari hotel, apartment atau homestay kat Perth? Klik di sini

Ulasan