
Tips Melancong Ke Sabah | Sabah memang terkenal dengan tarikan tersendirinya, dan jumlah pelancong setiap tahun memang ramai tidak kiralah dari Malaysia ataupun luar. Melancong ke Sabah ini bukanlah susah, tetapi memerlukan ilmu bagi melancarkan perjalanan anda di sana nanti. Atau dengan kata lain rancang percutian anda dengan ilmu bukan dengan main terjah jer pergi sana.
Banyak tips melancong ke Sabah yang anda perlu tahu sebelum anda ke sana nanti. Tips ini sekurang-kurangnya dapat membantu anda jika anda pergi secara backpackers, maksudnya tanpa tour guide.
Hari ini kami kongsikan kepada anda beberapa tips melancong ke Sabah.
1. Tiket Penerbangan
Buat tempah tiket penerbangan lebih awal untuk dapatkan harga promosi. Anda boleh menggunakan perkhidmatan Skyscanner.com untuk melihat harga pernerbangan yang paling murah.
Dengan menggunakan Skyscanner, website ini akan memaparkan semua senarai syarikat pernerbangan dengan harganya sekali. Menjimatkan masa anda untuk melihat harga tiket paling murah. Kalau tak, anda perlu buka website satu-satu. Lambat.Ambil flight waktu pagi.
2. Penginapan Hotel di Kundasang dan Kota Kinabalu
Tempah Hotel. Tempat sesuai untuk tempah hotel di Kundasang adalah sekitar kaki bukit Kundasang dan juga kawasan berdekatan dengan Taman Negara Sabah. Di KK pula anda boleh tempah di kawasan Jesselton. Jesselton dekat dengan jeti dan juga tempat makan seafood. Jadi boleh jalan kaki je ke Jeti @ kedai makan sekitar.
Hotel, anda boleh tempah menggunakan perkhidmatan Agoda.com. Kat website ini, anda boleh melihat senarai hotel yang murah dengan memilih dari harga yang murah ke harga yang mahal. Selain itu, boleh juga lihat review tentang hotel tu, sama ada bagus atau pun tidak.
3. Kereta Sewa Kota Kinabalu dan Kundasang
Tips ke 3 sebelum bercuti ke Sabah adalah buat tempah kereta sewa.Kereta yang sesuai untuk Kundasang adalah kereta yang CC 1.3 ke atas. Boleh juga CC 1.0 macam Axia jika berdua sahaja. Ini kerana semasa hendak pergi ke Desa Lembu, jalan begitu curam dan tinggi.Banyak syarikat yang menawarkan sewa kereta di Sabah, antaranya adalah NHelzy Rent A Car. Apa yang penting, syarikat ini boleh booking online, hanya bayar deposit sahaja.Servis hantar dan ambil di aiport adalah percuma! Menariknya, NHelzy Rent A Car menawarkan harga kereta sewa dengan harga diskaun. Tempahan 3 – 6 hari anda akan dapat 5% diskaun.Selain dari diskaun, tawaran baucer juga boleh tahan juga. Boleh dapat RM 20 baucer diskaun lagi selain diskaun yang biasa.Untuk buat tempahan, anda boleh berbuat demikian di website mereka. Jangan lupa guna voucher!
3. Tips Semasa di Sabah

Sampai di Airport KKIA (Kalau boleh flight pagi), terus pergi ke Kundasang Sabah.
Untuk melancarkan perjalanan anda, gunakan Waze atau Google Map/Drive sebagai panduan pemanduan.
Perjalanan menuju ke Kundasang dari Kota Kinabalu lebih kurang jaraknya sejauh 95 km dan mengambil masa 2 jam perjalanan. Separuh perjalanan pertama, anda akan menempuhi jalan yang landai dan agak lurus (pinggir bandaraya Kota Kinabalu) manakala bahagian ke dua perjalanan pula jalannya mula berselekoh dan banyak mendaki bukit. Sebelum sampai Kundasang, singgah sekejap di Jambatan Tamparuli dan Rumah Terbalik. Lokasi dua tempat ini memang terletak diantara Kota Kinabalu dan Kundasang. Boleh lihat dalam interaktif maps di bawah. Pastikan minyak kereta full sebelum meneruskan perjalanan anda ke Kundasang dari Jambatan Tamparuli ni.
Dalam perjalanan boleh singgah di Pekan Nabalu untuk berehat dan menikmati keadaan sekitar.Sampai sahaja di Kundasang, terus check-in hotel yang telah ditempah. Berehat sekejap dan boleh teruskan ke kawasan menarik di Kundasang. Keesokan sambung perjalanan anda di Kundasang seperti berikut,
Kalau boleh, pergi Desa Lembu pada waktu pagi sebelum pukul 11, kerena kebiasaannya, waktu pagi Gunung Kinabalu tidak dilindungan awan.
Jom melancong ke Sabah.. Boleh bah kalau kau!!!
Jom booking resort/ hotel di Sabah guna Agoda.com
Ulasan