8 Tempat Menarik Di Osaka, Jepun

Sebut sahaja Jepun, dah tentu terbayang dalam kepala sebuah negara yang bersih, cantik dan best kan. Ramai yang kata seronok bila sampai di negara Jepun ni. Cara hidup masyarakat di sana sangat teratur dan bersih. Jom kita tinjau apa yang menarik ada di Osaka, Jepun dan tempat yang wajib kita singgah jika ke sana.

1. Universal Studio Japan
Universal Studio Jepun merupakan taman tema yang sangat seronok dan sesuai dikunjungi bersama keluarga. Ia adalah taman tema universal studio yang pertama di asia. Ia dibuka pada tahun 2001 di Osaka Bay Area. Terdapat 8 seksyen di sini iaitu: Hollywood, New York, San Francisco, Jurassic Park, Waterworld, Amity Village, Universal Wonderland, dan The Wizarding World of Harry Potter. Dengan keluasan 39 hektar, pastinya anda sekeluarga akan terhibur di sini.

2. Istana Osaka ( Osakajo )
Pembinaan Istana Osaka bermula pada tahun 1583 di atas tapak lama Istana Ishiyama Honganji yang telah dimusnahkan oleh Oda Nobunaga 13 tahun sebelumnya. Toyotomi Hideyoshi membina istana ini dengan harapan supaya ia menjadi pusat pentadbiran Jepun baru dibawah pentadbirannya. Istana Osaka adalah istana terbesar di Jepun semasa ianya dibina. Walau bagaimana pun, setelah kematiannya beberapa tahun kemudian, tentera Tokugawa menyerang dan memusnahkan istana tersebut. Pada tahun 1660 an, Tokugawa Hidedata membina semula istana ini namun menara utamanya disambar kilat dan musnah terbakar pada tahun 1665.

Pada tahun 1932, istana ini dibina semula dan kekal berdiri megah selepas peperangan dunia kedua. Pada tahun 1997 ianya dibaiki semula dan dijadikan sebagai muzium Toyotomi Hideyoshi.

3. Osaka Akuarium
Terletak di Kampung Perlabuhan Tempozan di teluk Osaka, Osaka Akuarium merupakan pusat akuarium Jepun yang paling hebat dan menarik. Ia mempamirkan hidupan laut yang hidup di Pasific Rim. Hidupan marin dipamerkan dalam 15 tangki yang mewakili kawasan-kawasan di Pasific Rim. Anda pasti terpesona.

4. Minami ( Namba )

Terletak berdekatan Stesyen Namba, Minami merupakan salah satu pusat bandar utama di Osaka. Ia merupakan pusat hiburan utama yang menawarkan pusat membeli-belah dan syurga makanan buat anda. Anda boleh masuk ke bandar ini dengan menggunakan 3 jenis keretapi atau 3 jenis keretapi bawah tanah. Pilih sahaja kenderaan mana yang menjadi pilihan anda.

5. Pesta Tenjin ( Tenjin Matsuri )

Ia tersenarai sebagai salah satu festival yang berada dalam top 3 perayaan di Jepun. Dua lagi perayaan yang berada dalam senarai 3 teratas ialah Gion Matsuri di Kyoto dan Kanda Matsuri di Tokyo. Festival ini bermula pada abad kesepuluh dan diadakan setiap tahun pada tarikh 24 dan 25 Julai. Perayaan diadakan di daratan juga di sungai dan diakhiri dengan letupan bunga api yang meriah.

6. Sumiyoshi Taisha ( Sumiyoshi Grand Shrine )
Sumiyoshi Taisha merupakan salah satu daripada kuil yang tertua di Jepun. Ia diasaskan pada abad ketiga sebelum kemunculan agama Budha. Senibinanya adalah berasaskan senibina unik yang digelar Sumiyoshi-Zukuri dan bebas dari sebarang pengaruh seninina asia.Dewa di kuil ini melindungi para pelancong, nelayan dan pelaut.

7. Osaka Bay Area
Ia adalah kawasan tumpuan orang ramai termasuk pelancong dalam dan luar negara. Terdapat pelbagai pusat tarikan seperti muzium, taman tema dan pusat membeli-belah. Perlabuhan domestik dan antarabangsa Osaka juga berada di sini.

8. Kokuritsu Bunraku Gekijō ( National Bunraku Theatre )

Anda sukakan seni dan teater? Anda wajib singgah di sini dan menyaksikan persembahan boneka tradisonal Jepun. Teater ini mula popular pada zaman Edo apabila Bunraku yang hampir sama dengan Kabuki mula mendapat sambutan dihati masyarakat Jepun. Apa yang menarik, terdapat persembahan dalam bahasa inggeris. Jadi, tiada masalah jika anda tidak faham bahasa jepun.

So macam mana? ada terbayang dah ke nak ke Osaka ni, admin dah rasa macam duduk kat sana dah ni. hehe..boleh dah plan slow2 dengan keluarga atau kawan kan. Selamat bercuti semua!!

Nak cari hotel di sekitar Osaka? Klik di sini
Kredit kepada : Bidadari.my

Ulasan