Tips Penting Untuk Tukar Duit Asing Sebelum Melancong Yang Perlu Anda Tahu

Hi Semua, Hari ini saya berminat nak kongsikan tips macam mana nak tukarkan duit asing sebelum kita nak pergi melancong. Ada beberapa perkara yang perlu kita ambil tahu supaya kita tidak di tipu oleh scam atau pengurup wang.

1- Money Changer Atau Pengurup Wang

Money Changer ni ada di mana-mana jer terutama di kawasan bandar seperti pusat beli belah dan sebagainya. Kita juga boleh tukarkan duit di bank namun duit tukaran kita akan berkurang sedikit berbanding tukar di Money Changer. Jangan pula tukar di KLIA atau mana-mana airport, comfirm lagi mahal dan merugikan kita. Jadi rancanglah awal bila waktu yang sesuai untuk kita tukar duit kita ya.

2- Check Kadar Tukaran Asing Secara Online

Part yang ni sangat-sangat membantu kita, sebelum kita pergi ke money changer tu, kita boleh check dulu kadar semasa tukaran asing. Kebiasaannya dalam tempoh seminggu demi seminggu, kadar tukaran akan berubah-ubah. Jadi kita kena pandai agak bila waktu tukaran duit itu murah untuk kita beli. Walaupun ada tukaran nya tidak lah jauh beza harganya, namun jika destinasi yang kita pergi adalah negara yang mahal,ianya akan jadi kos juga untuk kita. 

3- Bertanya Rakan-Rakan Di Mana Lokasi Money Changer Yang Kadarnya Bagus

Jika anda mempunyai rakan-rakan yang kerap ke luar negara, boleh minta pendapat mereka di mana lokasi money changer yang bagus dan terbaik. Hal ini kerana, setiap money changer akan meletakan kadar yang berbeza-beza mengikut keuntungan yang mereka inginkan. Jadi pilihlah money changer yang terbaik ya.

4- Cekapkan Matematik Anda

Jika dah sampai ke destinasi pilihan korang tu, pandai-pandai la buat kiraan ya bila nak membeli barang-barang atau sebagainya. Lagi-lagi ke negara yang kadar duitnya mahal daripada kita. Sebagai contoh terdekat kita, Singapura. Kadar duit mereka sekarang ni adalah RM3 = 1 SGD. Jadi masa nak beli tu check harga betul-betul supaya kita tak terasa duit kita membazir yep.Setakat nak beli baju yang ada jual di Malaysia tu, better tak payah la..hahaha

Itu saja perkongsian saya untuk hari ni. Nak share dipersilakan dan selamat melancong gaisss..

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Terbaikkk!!