The Waterway Villa Yang Memukau!

Villa yang dikelilingi oleh bukit-bukit yang lembap di hutan hujan Bentong, WaterWay Villa menawarkan penginapan yang lengkap di villa peribadi, terpencil dengan makanan dan aktiviti yang menarik lengkap disediakan. Jom kita terokai alam semula jadi dengan jungle trekking, menaiki tiub di dalam sungai, air terjun dan juga berenang. Atau hanya bersantai sambil mendengar bunyi-bunyian hutan dan nikmati keindahannya.
Bamboo Villa

Terdapat 12 jenis villa ditawarkan di sini mengikut kemahuan pengunjung. Antaranya ialah Family Suite-Stone Villa, Bali Villa A,B & C, Bamboo Villa A, B & C, Deluxe Suite- Glass Villa, Hill Villa, Suite-Stone Villa, First Floor Suite-Glass Villa dan Ground Floor Suite- Glass Villa.
Glass Villa

Selain menawarkan villa-villa yang menawan ini, di sini juga ada menyediakan pelbagai aktiviti untuk pengunjung. So tak ada lah boring sangat kan. Hehehe
Ada waterpark mini. So boleh la mandi manda dengan anak-anak kan.

Water Tubing- Seronok ni
Paintball Gais- Bercuti sambil berperang. Hehehe

So kalau korang nak banyak lagi maklumat seperti harga, aktiviti, tarikan berdekatan dan macam-macam lagi, korang boleh lawati laman web The Waterway Villa ni:

Tel :+60 12 722 6711
Emel : info@thewaterwayvilla.com
Lokasi/ Maps : https://maps.google.com/maps/place/The+WaterWay+Villa/@3.44892763,101.90059670,18z 


Ulasan