Itenari 5 Hari 4 Malam ke Sabah - Family Trip


Assalamualaikum semua,

Hai, hope sihat-sihat semua pembaca blog JCC saya ni. Saya baru balik daripada negeri di bawah bayu iaitu Sabah. Saya nak kongsikan itenari trip 5 hari 4 malam sepanjang di sana dan boleh juga jadi rujukan untuk korang-korang yang nak ke Sabah dengan bawa anak tu ya. First sekali sebelum travel, sudah tentu kita perlukan banyak persediaan awal seperti menempah tiket flight, hotel, kereta sewa dan lain-lain. Semua ni kita kena survey dan tempah awal supaya nanti kita tak kelam kabut. So sini saya bagi kiraan supaya korang senang faham & boleh buat anggaran budget. 

List yang perlu tempah awal
  1. Tiket flight untuk 3 orang: RM540/Return ( Nak murah beli masa ada promo ok )
  2. Hotel 
    • Casuarina Hotel ( 1 Malam - RM107.76) Hari pertama
    • Hounon Fridge Kundasang ( 1 Malam - RM125) Hari kedua
    • Zara Boutique Hotel ( 2 Malam - RM279.35) Hari ketiga & keempat
  3. Sewa kereta Proton Saga Baru (Selasa-Jumaat = RM300)

HARI PERTAMA(SELASA)
Kami ambil flight jam 3 petang (Selasa) dan perjalanan ke Sabah mengambil masa 2 jam lebih untuk sampai. So bila dah tiba di sana dalam jam 6. Untuk pengetahuan korang, jam 6 petang tu dah macam jam 7 malam di Semenanjung, sebab kat sana waktu malam dia awal sejam daripada kita. So bila sebelah pagi tu, jam 6 pagi dah cerah macam jam 7 pagi di Semenanjung. Setiba nya di airport KK, kami pun tunggu transport pickup daripada Hotel Casuarina. Hotel ni ada menyediakan pengangkutan (van) untuk yang menginap di hotelnya. Free of charge. So setibanya kami di airport KK, van terus pickup kami untuk ke hotel. Nak dijadikan cerita, kami dah request kereta sewa untuk hari esoknya, tapi owner nak hantar malam tu juga. So kami pun tunggu owner kereta sewa hantar kereta di hotel dan kami terus keluar makan malam. 

HARI KEDUA (RABU)

Selepas je breakfast pagi di hotel, kami terus check out untuk ke Kundasang dalam jam 9 pagi. Perjalanan ke Kundasang juga ambil masa 2 jam (tengok pada jammed atau tak). So ni list tempat-tempat yang kami singgah sebelum check in di Hounon Fridge Farmstay.

1. Pekan Nabalu
Pekan ni kecil jer tapi banyak sangat gerai-gerai survineir cantik-cantik. Selain pada tu ada satu tempat yang boleh nampak gunung Kinabalu dengan jelas. 
View yang sangat-sangat cantik.Berhenti sini jalan-jalan kejap & minum pagi. Then terus snap gambar sekeping dua. Gittew

2. Kolam Air Panas & Canopy Walkway (Ranau)
Kat sini kami habis kan masa dalam 1 jam lebih untuk panjat canopy walkway tu. Sangat-sangat mencabar bagi yang sukakan aktiviti nature. 

Saya ni gayat juga orangnya tapi still nak try sebab rugi la kalo xcuba kan. Total fee RM5x3=RM15 + RM5(kamera). So total RM20 saja untuk kami bertiga.

3. Arnab Village
Salah satu tarikan terbaru di Ranau, banyak sangat arnab yang comel-comel kat sini. Sesuai la kalo bawak anak-anak tu. 

Selain daripada arnab, ada juga kucing, hamster dan juga ladang anggur. Harga setiap tempat ni berbeza tau, so kami ambil pakej yang full punya (RM15 seorang). Alang-alang dah sampai tu biar masuk semua tempat kan. Hehe

Hounon Fridge Farmstay yang awesome!
Selesai je singgah kat tempat di atas ni, kami check in di Hounon jam 3 petang. Fuh letih juga tu, kami singgah di Kundasang beli KFC & makan di bilik je. Kemudian kami rehat & tidur. 


Sekitar jam 5 petang, kami keluar jalan-jalan di kawasan Hounon ni, ambil gambar banyak dan menikmati keindahan gunung kinabalu. Masa ni cuaca agak mendung, so kejap nampak, kejap tak gunung tu. 
Kat sini kalau nak keluar makan memang jauh la, jalan pun kecik, mujur ada kafe masakan panas di Hounon ni.Harga pun taklah mahal & standard je. So kami tak keluar ke mana-mana pun. Lepak kat sini pun dah best tau..

HARI KETIGA (KHAMIS)
Kami check out awal dalam jam 8 pagi sebab banyak lagi tempat kami nak pergi. So ini pula tempat-tempat yang kami pergi untuk hari ketiga.

1. Desa Farm Kundasang

 
Tempat ini adalah tarikan utama pengunjung jika ke Sabah sebab view dia seperti di New Zealand tau. Pusat lembu ternakan yang luas di samping menghadap kawasan pergunungan memang sangat awesome la bagi saya. Kat sini memang lembu jenis tompok-tompok tu diorang ternak. 

Kawasan di sini juga lengkap dengan alatan untuk proses perahan susu lembu dan mereka juga jual semua produk susu lembu ini. Yuran masuk hanya RM5 untuk dewasa. Kanak-kanak free je.

2. Culvert View
Ini juga antara tarikan terbaru di Kundasang, saya perasan kat sini macam ada chalet tapi tak sure ada orang duduk ke tak. Cuma banyak la tempat-tempat untuk kite boleh bergambar macam di Jogjakarta tu kan. 

So kalau korang nak try, sila la ke sini k. Fee dia RM10/seorang. Kanak-kanak percuma.

3. Rumah Terbalik & Muzium 3D
Tempat ni sangat unik sebab semua benda terbalik. Hehe.. korang kalau sampai kat sini, kepala jadi pusing-pusing sebab pening tengok semua benda terbalik. Rumah pun dia terbalik kan. 


Bijak idea orang Sabah ni kan. Muzium 3D dia pun memang awesome, letih kami 3 beranak posing dalam tu, punya la nak dapat gambar yang cun. Haha. Fee masuk muzium 3D & Rumah Terbalik adalah RM30/seorang. Kanak-kanak RM20.

4. KK Mall
Dah puas jalan-jalan outdoor, kita try la indoor pula. Kami ke sini pada sebelah malam. Besar juga mall dia & banyak butik-butik jenama antarabangsa ada dijual di sini seperti Coach dan lain-lain. Cuci mata la tengok semua tu.

HARI KEEMPAT (JUMAAT)

Hari ni kami memang plan untuk ke pulau. So pulau yang kami pilih adalah Manukan. Katanya antara pulau yang terbesar berbanding pulau-pulau yang lain di Sabah. Kami bertolak daripada hotel jam 7.45pagi ke Jeti Jesselton.
Tiba je kat sana, kami terus ke kaunter untuk beli pakej. Total harga untuk kami bertiga adalah RM150 (Bot pergi balik,life jacket, tikar & goggle) Ok la kot harga tu rasanya. So terus bertolak jam 8.30pagi ke Pulau Manukan. Setelah sampai di Pulau Manukan kami kena bayar fee masuk- RM10/seorang.

1. Pulau Manukan


Masyaallah, cantiknya la view kat pulau ni. langit biru, laut jernih. Seronok snorkeling tengok ikan. Puas hati sangat. Kami berada di sini sehingga jam 11.00 pagi. Mujur tak kena tinggal bot. Syok sangat berenang kan.

2. Pasar Filifina

Sebelah petang pula, kami ke pasar filifina. Di sini banyak sangat jualan hasil laut seperti ikan bilis, keropok-keropok ikan, udang, sotong dan lain-lain. Selain daripada tu, banyak juga kedai menjual souviner yang murah-murah. Kalau korang nak shopping souviner & hasil laut, sila la beli di sini..memang jauh lagi murah tau.

3. Makan malam (Seafood) berdekatan dengan Pasar Filifina

Waktu yang ditunggu-tunggu gais..hehe. Di sini banyak sangat restoran yang yang jual makanan/masakan seafood. Korang kene survey tau, sebab harga tak sama. Ada kedai memang letak harga tinggi. Kami pun hampir tertipu. 
Tapi nasib survey dulu. Kami order loabster telur masin, sotong bakar, udang masak pedas, kangkung belacan & siakap stim. Total semua RM150. Murah kan..hehehe

HARI KELIMA (SABTU)

Hari terakhir kami di Sabah, kereta sewa kami dah return pada owner selepas makan malam seafood tu. So pagi ni kami just ambil Grab untuk airport. Siap je breakfast di hotel, kami check out dalam jam 8.45 pagi dan terus ke airport KK. Flight balik kami adalah jam 11.30 pagi. Bye-bye KK..Insyaallah ada rezeki kami akan datang lagi..

Itu sahaja catatan sepanjang saya di KK dan Kundasang. Semoga korang yang plan nak ke Sabah tu, boleh la ambil info pada pengalaman saya & famili di sana. Memang seronok sangat, totally puas hati sebab banyak tempat kami pergi. 💓💓😍


Nak cari hotel-hotel menarik di Sabah? Klik di sini

Hounon Fridge Farmstay : 013-8506463 (Bole WhatsApps untuk tempahan bilik)

Tempahan Kereta Sewa : 013-8678774 (FB Page-Kereta Sewa Murah Sabah)

Ulasan

amiemiez berkata…
Ada no tel kereta sewa tu x?
amiemiez berkata…
Boleh dapatkan no tel kereta sewa?
Miza Syed Ali berkata…
Kereta Sewa - 013-8678774
Tanpa Nama berkata…
Goggle tau..google tu search engine..hehe
Miza Syed Ali berkata…
hehe..tqsm tlg betulkan