Tenangkan jiwa anda di Casa Hill Resort, Sungai Lembing Pahang

Ada yang pernah dengar tak Casa Hill Resort? Ia merupakan sebuah resort baru yang menyediakan penginapan seperti Villa dan Kabin yang terletak di bandar Sungai Lembing, Pahang. Tempat yang tenang dan cantik, perjalanan pula mengambil masa 45 minit dari Kuantan.
Resort ini terdiri daripada Villa yang mempunyai 12 bilik tetamu yang dilengkapi dengan bilik mandi.Selain itu, Kabin pula mempunyai 23 buah bilik termasuk bilik mandi yang telah diubah suai mewah menjadi sebuah penginapan yang cantik.
Selain Villa & Kabin, di sini juga menyediakan sebuah cafe (mempunyai Sijil Halal) bagi pengunjung menjamu selera. Terdapat juga jacuzzi, kolam kecil untuk kanak-kanak mandi di sini. Perkhidmatan Wifi secara percuma juga disediakan.
Dengan suasana yang nyaman dan tenang di sini, tersangatlah sesuai bagi pengunjung datang menikmati keindahan alam semulajadi. Pakej lengkap untuk pengunjung seperti aktiviti hari keluarga, sambutan harijadi,perkahwinan, reunion dan lain-lain aktiviti turut disediakan.
Antara tempat-tempat menarik yang berdekatan dengan resort ini adalah Bukit Panorama, Iconic Big Tree, Jambatan Gantung Sg. Lembing, Muzium Sungai Lembing, Pasar Pagi Ahad, Air terjun Pelangi, Rumah Kristal, Galeri 3D Sungai Lembing, Air Terjun Sg. Pandan dan Gua Charas.
Antara pakej menarik yang disediakan bagi pengunjung di sini adalah melawat Air Terjun Pelangi. Lawatan selama 6jam ini pasti akan menjanjikan memori terindah untuk anda semua. Selain itu, jika anda ingin aktiviti BBQ bersama teman-teman dan keluarga, di sini juga disediakan untuk anda.
Jadi apa tunggu lagi, jom ajak kawan-kawan dan keluarga bercuti di sini. Nah sedikit info berkenaan dengan resort cantik ni:

Laman Web  : http://www.casahillresort.com/index.php
Alamat: 189, Jalan Jeram Akar, Kampung Arang, 26200 Sungai Lembing, Kuantan, Pahang, Malaysia.
Tel : +6017 920 8899 / +6016 988 3388
Emel : casahillresort@gmail.com

Booking : Klik Di Sini!


Ulasan