5 Hutan Tercantik Di Jerman

Sejak akhir-akhir ini banyak juga saranan doktor-doktor untuk mencari ketenangan jiwa di kawasan yang segar seperti hutan-hutan, tanah tinggi, pusat-pusat peranginan mahupun pantai. Ianya bukan saja dapat memberi kelapangan jiwa malah mampu menyihatkan badan kita secara umumnya. Ada masa kita perlu juga merehatkan diri dari kesibukan di tempat kerja kan. 

Sebagai sebuah negara dengan hutan yang meliputi 32% negara dan beberapa hutan kuno untuk diteroka, Jerman dipenuhi dengan tempat-tempat yang sempurna untuk menghubungkan dengan deria anda dan dunia alam semula jadi. 

Di sini saya ingin kongsikan beberapa kawasan perhutanan yang tercantik di kawasan Jerman untuk tatapan mata anda-anda semua.

1. Wershofen, The Palatinate Forest
Wershofen adalah sebuah bandar yang mendalam di Hutan Palatinate Jerman barat, sama juga dengan bandar-bandar di Koblenz dan Cologne. Walaupun ia jauh, peminat alam semula jadi telah berkunjung ke sana sejak penerbitan buku yang laris, The Hidden Life of Trees, yang dikarang oleh seorang petani tempatan dan renjer hutan, Peter Wohlleben. Dalam buku ini, Wohlleben menerangkan tentang bagaimana pokok berkomunikasi sesama sendiri dalam memberi dan mengambil nutrien untuk akarnya. Proses ini dipanggil sebagai "Wood Wide Web". Wohlleben juga memberi ceramah dan seminar kepada pencinta alam yang ingin mengetahui lebih terperinci mengenai hutan ini. Jika ada yang berminat untuk menerima latihan di sini, terdapat juga hotel terdekat untuk di diami iaitu Landgasthaus Pfahl

2. Neuschönau, The Bavarian Forest
Hutan Bavarian merupakan hutan terpanjang di Eropah yang merentasi tembok German-Czech sepanjang 241km. Ia merupakan taman nasional pertama Jerman yang mempunyai elemen semulajadi iaitu tasik glasier, gunung dan hutan simpan yang dipenuhi pelbagai spesis haiwan liar. Sepanjang 300km kawasan pendakian melalui pokok-pokok yang tinggi ini akan menjadikan satu ekpedisi yang menarik. Jika menggunakan kenderaan, ianya mengambil masa dalam 2jam setengah sahaja. Di kawasan Neuschönau, terdapat satu "treetop walkway' yang membolehkan kita melihat sendiri ketinggian pokok-pokok di situ. Terdapat sebuah chalet cantik di sini yang boleh kita menginap jika ingin ke sini iaitu Pension Salzsaumer

3. Lauterbach, The Hainich National Park
Hutan ini dahulunya digunakan sebagai tempat latihan ketenteraan. Namun kini telah dijadikan hutan simpan dan dijaga rapi bagi memulihkan kawasan hutan cantik seperti ini. Hutan ini dipenuhi dengan pelbagai bungaan dan pokoknya yang segar dan kemas. Sekiranya kita ke sini, kita patut merasai keindahannya dengan berjalan di sepanjang kawasan ini dan seolah-oleh berada di alam fantasi. Di sini juga terdapat Canopy Walkway untuk pengunjung meniti dan melihat dari pandangan atas hutan ini. Terdapat sebuah kampung berdekatan yang menyediakan chalet untuk pengunjung ke sini antaranya adalah Fehrenbacherhof Naturgästehaus

4. Freiburg im Breisgau, The Black Forest
Hutan ini dipenuhi dengan pokok-pokok seperti pine, fir, beech dan oak. Selain itu, kawasan sekitarnya juga di penuhi dengan lembah, tasik, rumput lembab dan juga batuan yang berlubang. Jika pengunjung ke sini, mereka boleh berbasikal, berjalan mahupun berkayak di tasik yang ada. Bagi peminat mendaki, di sini juga trek mendaki disediakan. Namun begitu, pengunjung hendaklah menghubungi agen yang di khaskan sahaja. Jom kita teroka hutan di sini sambil menginap di Ferienwohnung-Freiburg-Exklusiv. Salah satu apartment yang sangat menarik dan cantik tau. 

5. Rathen, Saxon Switzerland National Park
Walaupun lebih dikenali sebagai pembentukan batu kuno dan kejadian mistiknya, namun 
ianya juga mempunyai hutan yang sangat cantik. Pengunjung boleh menerokai sejauh 1200km kawasan pokok pine di samping itu anda boleh menempah pemandu pelancong untuk menaiki bot kruise di Sungai Elbe. Setelah penat menerokai alam semulajadi di sini, anda boleh menginap di Hotel Elbiente untuk menikmati sauna dan bilik steam yang menarik.

Nak cari hotel menarik di Jerman? Klik Di Sini

Ulasan