Jom Naik Canopy Walkway Di Taman Eco Rimba Kuala Lumpur

Hi Semua,
Baru-baru ni saya ada ke Kuala Lumpur dan kebetulan sebelum pergi sana tu. Saja je google tempat-tempat menarik di KL. Tiba-tiba terjumpa la pasal canopy walkway di sini. Sebenarnya terkejut juga, sebab saya fikir di KL tak ada tempat-tempat macam ni. So saya decide dengan husben untuk ke sini.

Lokasi Taman Eco Rimba ini betul-betul di Menara KL. Di mana ada juga mini zoo, Aquaria dan lain-lain. Rupanya banyak penambahan di buat dan hutan di sini merupakan hutan simpan yang tertua di Malaysia. 
Hutan di sanagt cantik dan menarik sebab ada di tengah-tengah bandar. Kami teruskan perjalanan untuk naik canopy walkway. Yang bestnya tiada sebarang fee untuk naik canopy walkway ni. Korang bole naik secara percuma sampai menikmati keindahan hutan dan bangunan-bangunan sekelilingnya.
Banyak checkpoint setiap jambatan dan makin lama makin tinggi. Kalau jenis gayat tu rasanya jangan naik lah. Takut pengsan. Tapi jangan risau, jambatan gantung ni selamat dan kukuh. Bagi saya, di Sabah lebih mencabar daripada di KL ni. Sebab di Sabah, jauhh gilaa..nak pengsan bila duk tengah-tengah tu, dengan jambatan bergoyang-goyang. Takut wooo..
So bagi korang yang nak merasa naik canopy walkway di KL ni, sila lah ke sini ya. Boleh ambil gambar cantik-cantik. View menara KL tu pon dah awesome bagi saya. Hutan di tengah bandar besar.

Nak cari hotel berdekatan dengan tempat ni? Klik di sini

Ulasan