5 Tips Keselamatan Umrah Untuk Wanita

Assalamualaikum semua,

Seronok tengok kawan-kawan ramai yang dah berjaya menunaikan umrah. So kali ni tips travel kita cerita tentang keselamatan bagi kaum perempuan ketika menunaikan umrah. Selamat membaca yer.

1) Ketika Tawaf:
  • Memakai seluar dalam jubah dan lebih selesa memakai apabila anda memakai tight dari jenis cotton.
  • Pakai kasut bersih khas untuk tawaf. Untuk pengetahuan anda, lantai di tempat tawaf adalah lantai tile. Jika anda hanya memakai sarung kaki, agak tak selesa untuk berjalan sebab sedikit licin dan kaki pun cepat sakit.
2) Ketika Sa’ie
  • Sama seperti tawaf; iaitu pakai seluar di dalam jubah dan pakai kasut. Biasanya perjalanan saie lebih laju berbanding tawaf sebab kurang sesak.
3) Pakai Niqab
  • Selain untuk mengelakkan diri daripada diganggu, niqab juga membantu melindungi wajah ketika panas terik dan juga ketika ribut pasir (adakala ia berlaku)
4) Pakaian
  • Untuk jubah, tidak perlu membawa banyak,anda juga boleh membawa dalam 4-5 helai jubah. Anda juga boleh membasuh sendiri (boleh beli sabun di sana) atau hantar ke laundry service di hotel (biasanya ada servis ni di setiap hotel).
  • Di sana juga,anda boleh memakai blouse labuh dengan skirt dan memakai baju kurung.( sopan dan tidak mengikut bentuk badan )
  • Membawa mini telekung,di sana anda boleh memakai mini telekung siap-siap dari hotel ke masjid dan jadi lebih mudah untuk pakai telekung sahaja tanpa kainnya.
5) Isu Tandas
  • Di Mekah, tandas memang agak jauh dari tempat solat. Kalau anda tinggalkan tempat solat untuk pergi ke tandas, biasanya anda takkan dapat duduk semula di tempat yang sama, terutamanya jika sudah hampir masuk waktu solat.
Semoga kita semua juga di beri peluang untuk menunaikan umrah. Apa lagi, rancang la trip dengan keluarga korang. Menabung sikit-sikit, lama-lama boleh la sampai ke tanah suci. Aminn..

Nak cari hotel di Mekah? Klik Sini
Nak cari hotel di Madinah? Klik Sini

Kredit Info - https://mkm.my/
Kredit gambar - Google images

Ulasan