Laman Pesona yang mempersonakan!

Salah satu resort yang menarik di Raub, Pahang adalah Laman Pesona Resort & Spa. Kebetulan kami ke Raub minggu yang lalu, kami pilih resort ini untuk merasai keindahan yang mempersonakan.
Percaya atau tidak, harga yang kami perolehi menggunakan Agoda.com hanya Rm120 sahaja untuk satu malam. Rasanya berbaloi dah tu. Dengan permandangan yang menarik, fasiliti yang lengkap dan juga ketenangan jiwa yang dirasai.
Standard Room

Kami memilih Standard Room pun dah rasa berbaloi untuk bertiga. Kebetulan bilik kami tidak jauh dengan kolam renang. Seronok la si kecik dapat mandi. Hehe. Selain permandangan yang tenang, disediakan juga mini zoo & canopy walkway untuk dilawati. Walaupun tidak banyak haiwan yang ada tapi bagi saya dapat juga mengisi masa yang ada. 
 
Untuk pasangan atau keluarga yang suka kan suasana sebegini, saya amat mencadangkan resort ini untuk didiami. Jom booking sekarang, cuti sekolah bulan 3 dah tak lama dah ni.

Nak booking? Klik di sini

Ulasan