Siapa pernah menginap di sini? Saya tidak menyangka ada sebuah resort yang sangat memukau ditengah pulau sebegini. GEM Island Resort & Spa merupakan sebuah resort 'private' mewah yang amat digemari oleh pelancong-pelancong. Hal ini kerana, keadaan sekelilingnya yang tenang dan cantik dapat memberi kepuasan kepada pengunjung yang menginap di sini.
Bagi yang menaiki kapal terbang, ia mengambil masa selama 30 minit dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu menuju ke Jeti Marang. Perjalanan untuk ke resort ini mengambil masa selama 15 minit dengan menaiki bot dari Jeti Marang.
Nak tempah bilik? Klik di Sini
Laman web: https://gemisland.com.my/
No Telefon : + (6) 019 7905110 - (7am to 10pm, Isnin to Ahad)
Bilik/ chalet di sini terdapat balkoni peribadi, unit-unit berhawa dingin yang luas, lantai kayu dan pemandangan laut atau kawasan hijau yang sangat menakjubkan. Semua dilengkapi dengan TV kabel, pembuat teh / kopi dan bilik mandi peribadi.
Korang juga boleh memilih urutan minyak badan di spa atau bersantai di tepi kolam renang. Tempahan untuk lawatan serta aktiviti sukan air, menyelam dan lawatan gua juga disediakan. Cafe di sini menyediakan masakan tempatan dan juga western. Hati-hati ya, resort di sini juga ada menyediakan arak.
Resort ini di tutup buat sementara waktu berikutan dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, Namun akan dibuka semula setelah Malaysia pulih sepenuhnya. Jadi boleh dah jadi wishlist korang kan resort ni selepas isu Covid19 selesai. InsyaAllah, ada rezeki saya pun teringin menginap di sini.
Laman web: https://gemisland.com.my/
No Telefon : + (6) 019 7905110 - (7am to 10pm, Isnin to Ahad)
Kredit gambar : Laman web GEM Island Resort & SPA
Ulasan