Hi semua, lama saya tak mengarang story pasal cuti-cuti. Maklumlah lama PKP kan. So memang tak kemana-mana lah kita. Selepas PM kita umum yang PKP dah hampir tamat, banyak lah hotel & resort mula offer pakej-pakej yang murah dan menarik. Apa lagi, saya pun grab la tempat-tempat bercuti yang syok-syok. Hehe.Kali ni saya plan trip dengan bestfriends saya je. Satu malam pun dah seronok apa.
Royal Chulan, Cherating merupakan antara resort & hotel yang terkenal di Pahang. Selain view yang menarik dan cantik, resort ini juga antara yang paling banyak jadi pilihan pelancong luar mahupun dalam Malaysia sendiri. Tidak hairan lah ramai artis-artis yang suka menginap di sini. Tempat private kan.
Selain villa, Royal Chulan juga telah menyediakan chalet yang menarik untuk pengunjung menginap dengan keluarga. Yang best nya, promosi PKP hanya RM100 sahaja untuk sebuah bilik (2pax). So, saya dengan kawan-kawan terus plan nak bercuti di sini. Kami di offer bilik family memandangkan kami pilih untuk bilik bersebelahan. Dapat lah ruang yang besar dan selesa sedikit.
Pemandangan di dalam kawasan chalet ini menarik dan simple. Bilik pun bersih dan kemas. Bebaloi sangat kalau yang bawa keluarga ke sini sebab pantai tak jauh pun dengan chalet. Boleh bawa anak-anak mandi laut.
Untuk bilik kami, ada 2 bilik utama dengan 2 katil single dan 1 katil queen. Toilet pun ada dua di tengah-tengah. So, tak berebut la nak mandi kan. Ada juga sediakan meja makan 4 orang dan sebuah sofa di hadapan TV. Kira selesa la. Di luar bilik pula, ada empat kerusi santai dan dua meja. Kami datang ke sini kebetulan ramai yang menginap sama. Jadi waktu malam tu tak sunyi dan meriah. Pelancong asing pon ramai.
Waktu petang kami jalan-jalan ke pantai berdekatan, boleh la ambil-ambil gambar Villa Royal Chulan, nak menginap tu masih tak mampu lagi, dapat ambil gambar pun jadilah. Hehehe.
So, itu saje coretan review saya bersama kawan-kawan sepanjang menginap di Royal Chulan Chalet, Cherating. Sangat-sangat disarankan untuk semua bercuti di sini. Bestt!!!
Nak tempah bilik harga PKP? Boleh whatsapp no ini - 0162073053
Nak tempah guna Agoda.com? Klik di sini
Kredit foto bilik - Booking.com
Ulasan