Ada Apa Dengan Melaka? Itenari 3 Hari 2 Malam Yang Menyeronokkan!

Lama tak mengarang blog, sejak PKP ni dah jarang pergi jalan-jalan sebenarnya. Trip kali ni saya pilih untuk ke Melaka. Memandang dah tak dibenarkan untuk melancong ke luar negara. Kita melancong dalam negara la dulu kan. Pusing-pusing 1 Malaysia best juga.

Penginapan

Kami pilih untuk menginap di The Shore Hotel & Residence selama dua malam. Alhamdulillah bilik cantik dan luas. Memandangkan hari yang kami pilih adalah hari kerja, harga pun murah la sikit berbanding biasa. The Shore ni berhadapan dengan Swiss Garden je. Berkongsi pool yang sama. Bangunan tinggi dan persekitaran yang nampak mewah. Total untuk 2 malam menginap adalah RM280.

Tempat-Tempat Yang Dilawati

1. Mini Malaysia & Asean Cultural Park 

Tempat ni bagi saya unik sebab dalamnya ada pelbagai jenis rumah tradisi setiap negeri dalam Malaysia termasuk Sabah Serawak. Rumah-rumah lama mengikut senibina setiap negeri yang berbeza dan cantik. Pengunjung boleh masuk dalam rumah-rumah ni dan bergambar. Ada juga peralatan lama yang digunakan orang-orang dulu diletakkan dalam rumah-rumah ini untuk tontonan pengunjung. Jika hari Sabtu & Ahad, ada persembahan tarian bagi setiap negeri akan dipersembahkan kepada penonton. Tiket masuk ke sini adalah RM12 (Dewasa), RM6 (Kanak-Kanak) bagi hari biasa dan RM15 (Dewasa), RM8 (Kanak-Kanak) bagi Sabtu Ahad. Total hangus untuk kami bertiga masuk ke sini adalah RM30.

2. Melaka River Cruise 

Aktiviti yang ni memang dah dalam list saya. Sebab ala-ala Itali kan. Kami pilih untuk naik pada sebelah malam. Katanya lebih cantik. Dan memang betul la, cantik sangat-sangat view pada malam. Bebaloi naik dengan jarak yang agak panjang. Kiri kanan sepanjang sungai ini ada bangunan-bangunan yang dihiasi dengan mural-mural dan lampu-lampu yang indah. Seronok dan teruja betul saya. Very recommended gais. Total fee untuk kami bertiga naik cruise ni adalah RM65. RM25 (Dewasa) dan RM15 (Kanak-Kanak). Nak book tiket awal boleh klik di sini.

3. Taman Buaya Melaka

Trip ke sini adalah pada hari kedua kami di Melaka. Selepas sarapan, kami terus menuju ke sini. Pelbagai jenis buaya ada di sini tapi tak berapa menarik bagi saya. Persekitan yang agak kurang memuaskan dan tidak teratur. Tapi takpelah, at least dah sampai kan. Lagipun anak memang suka tengok haiwan. Selain daripada buaya, ada juga beberapa haiwan lain seperti Emu, Rusa, Kura-kura dan Ular. Harga tiket masuk adalah Isnin-Jumaat (RM16-Dewasa, RM11-Kanak-Kanak) dan (RM19-Dewasa, RM14-Kanak-Kanak). Total hangus kami bertiga RM43.

4. Muzium Sejarah & Ethnografi (Perbadanan Muzium Melaka)

Seterusnya kami singgah ke sini pula, bagi penggemar sejarah, tempat ni memang sesuai la untuk korang. Saya juga memang suka amik pengetahuan sejarah-sejarah setiap tempat yang saya pergi. Di sini dari zaman Portugis sehingga zaman Jepun diceritakan dengan lengkap. Bagaimana negeri Melaka dijajah oleh mereka dan struktur pembinaan setiap zaman tu adalah berbeza. Dari zaman Hang Tuah (Kesultanan Melayu) sehingga kedatangan penjajah-penjajah. Peninggalan di zaman penjajahan juga masih ada di sini dan dijaga dengan baik seperti Afamosa. Kubur-kubur lama juga ada di jaga. Bagi saya sangat menarik la untuk kita tahu dengan lebih jelas. Harga tiket masuk adalah RM6 (Dewasa) dan RM3 (Kanak-Kanak) Total hangus - RM15 sahaja. Klik di sini untuk tahu harga muzium yang lain.

5. Muzium Istana Kesultanan Melaka

Kami teruskan perjalanan ke Muzium Istana Kesultanan Melaka. Saya sangat teruja tengok senibina istana ini. Sangat-sangat cantik dan besar. Tiba-tiba rasa balik ke zaman dulu pula. Pelbagai sejarah dan artifak lama di simpan di dalam istana ini. Ada juga balairung di raja yang mempamerkan bagaimana kedudukan raja dan pembesar-pembesar ketika itu. Patung-patung di sini dilengkapi dengan pakaian yang melambangkan pangkat/ keturunan/ bangsa masing-masing. Cukup menarik! Bebaloi lawat istana ni dan sememangnya cantik. Harga tiket masuk sama seperti muzium sejarah iaitu RM6 (Dewasa) dan RM3 (Kanak-Kanak). Total hangus - RM15 sahaja. Klik di sini untuk tahu harga muzium yang lain. 

6. Bangunan lama A'Famosa

Destinasi terakhir adalah menuju ke A'Famosa. Untuk ke sini, perlu menaiki anak tangga yang tinggi. Bangunan yang hanya tinggal separuh ini masih lagi kukuh dan utuh. Kedudukannya adalah di atas bukit adalah bertujuan untuk melihat kedatangan kapal-kapal di sebelah laut. Memang jelas nampak dari atas. Bagi korang yang suka bergambar, boleh la datang ke sini ya. View memang sangat cantik. Masuk adalah percuma. 

Itu sahaja tempat-tempat yang saya sempat pergi selama 3 hari. Bagi saya masih tidak cukup sebab banyak lagi yang kami tak sempat singgah. InsyaAllah next time kami ke sini semula. Apa-apa pun memang seronok dan Melaka sangat cantik! Bandar penuh dengan sejarah dan misteri.

Apa lagi, plan la dengan keluarga untuk jalan-jalan ke Melaka ok!

Nak tempah hotel di Melaka? Klik di sini

Ulasan