Jom bercuti di Holiday Villa Beach Resort, Cherating!

Assalamualaikum semua,

Lama saya tak mengarang blog. Semua disebabkan Covid-19 yang melanda negara kita ni.  So plan nak bercuti kemana-mana tu terbantut la sikit. hehe..

Kali ni saya nak story kat korang berkenaan dengan sebuah resort di Cherating, Pahang iaitu Holiday Villa Beach Resort. Sebenarnya saya dan kawan-kawan plan untuk buat family day di resort ni dan ini review saya. Selamat membaca gais!

Kami hanya pilih untuk satu malam sahaja di resort ni dan aktiviti-aktiviti memang agak padat sikit la kan. Tapi tidak lah rushing. So harga promo untuk satu malam menginap di bilik standard adalah dalam RM120 sahaja. Kami ambil 4 bilik dan lain-lain penambahan seperti tilam adalah tidak termasuk. 

So kami check in dalam jam 3 petang dan bila sampai je kami rehat-rehat dulu di bilik masing-masing. Dalam jam 5 petang, kami turun ke kawasan kolam renang, fuh!!yang ni paling syok. Bagi saya kolam dia sangat best. Lebar dan luas. Sesuai sangat la bercuti untuk keluarga tau.

Selesai jer aktiviti mandi kolam kami, terus naik ke bilik masing-masing dan ready untuk makan malam steamboat kami. Actually memang kami tempah awal untuk semua/ 1 meja. Memandangkan ada salah sorang kebetulan birthday dia, so kami pon planing nak buat birthday celebration sekali. Kan lagi seronok!
Selesai jer makan malam, kami pun lepak la ramai-ramai sampai la semua dah penat baru masuk bilik tidur. Keesokkan harinya pula, aktiviti seterusnya selepas sarapan adalah mandi laut. Resort ni best sangat sebab laut tak jauh pon dari resort. So memang seronok la bawa anak-anak main pasir dan mandi laut kan.

Main sampai semua anak-anak puas dan mengigil. Hahaha. Setel jer mandi laut, pergi mandi kolam untuk second round pula. Bila dah letih baru la masuk bilik dan rehat sebelum check out.
So itu sahaja lah catatan saya berkenaan dengan Holiday Villa Beach Resort ini. Pengalaman yang menyeronokan dan sangat dicadangkan untuk famili bercuti di sini. Terima kasih semua

Untuk tempahan bilik korang boleh tempah direct dengan hotel di talian - 09-581 9500
Untuk tempahan menerusi Booking.com boleh KLIK DI SINI



Ulasan